Friday, December 18, 2009

MAAL HIJRAH, PENGAJARAAN DAN IKTIBARNYA

MAAL HIJRAH, sejarah Agong yang semestinya diingati oleh semua penganut Islam di dunia ini.

Walaupun jarak masa hijrah masa yang dilalui oleh Rasulullah saw hingga ke saat ini telah melebihi 15 abad, namun nilai-nilai yang terkandung di dalamnya tetap utuh dan teguh, diingati oleh semua orang Islam sehingga mampu menjadi modal untuk membina kekuatan akidah.
Kita semua maklum "Tahun Hijrah" tahun bagi kalendar orang Islam (yang dikira dari penghijrahan Nabi kita Mohammad saw dari Makkah ke Madinah). Dalam satu cerita yang sah bahawa Nabi Mohammad saw telah mula mengunakan tarikh Hijrah ini dalam surat-surat baginda. Dalam surat perjanjian baginda dengan orang Nasara Najran baginda memerintahkan Saiydina Ali supaya menulis di bawah perjanjian itu menyebutkan tarikh tahun ke lima Hijrah.

Kita sekarang sewajarnya menghayati roh Hijrah ini agar ia terlaksana dalam masyarakat kita. Pada hari ini, kita sebenarnya amat sedar bahawa masyarakat sekarang berbeza dari masyarakat dahulu, lebih-lebih lagi dalam permasalahan dalam kehidupan dunia yang serba serbinya dikatakan moden. Kita sekarang hidup dalam dunia yang sangat mencabar, kerana pengaruh kebendaan telah mengatasi segala-galanya, manakala penghayatan nilai-nilai yang mulia mungkin tersasar dalam kehidupan kita.

Walaubagaimana pun, bagi umat Islam khasnya di negara kita, setiap kali kedatangan tahun baru Hijrah, ia disambut dengan pelbagai pengisian, ia menjadi satu kemastian bagi memperingati tahun yang amat bersejarah kepada umat Islam ini, tetapi yang pentingnya kita jangan lupa mengambil pelajaran dan iktibar daripadanya.

Jadikanlah perayaan dan sambutan tahun baru Hijrah ini menuju kesejahteraan serta memahami erti Hijrah itu sebenarnya. Khasnya kepada generasi muda hari ini disarankan supaya mampu memantapkan diri mereka dengan kekuatan akidah, kekuatan ilmu dan teknologi serta kekuatan organisasi diri dari unsur-unsur negatif, penyelewengan serta was-was, jadikan diri kita orang yang berilmu pengetahuan sebagai bekalan penyuluh hidup hari ini dan masa-masa akan datang.

Hijrah sebenarnya kesabaran, lihatlah bagaimana kesabaran para sahabat menempuh halangan dalam berhijrah. Abu Bakar bersabar menahan kesakitan dipatuk ular, Abdul Rahman Auf meninggalkan harta kekayaan di Makkah dan sebahagian yang lain bersabar menempuh berbagai bentuk kepayahan bagi tujuan berhijrah, oleh itu kita hendaklah sentiasa mempertingkatkan kesabaran kerana ia adalah senjata utama melawan segenap halangan yang bakal mendatang. Kesabaran dalam melaksanakan segala suruhan Allah dan juga kesabaran untuk terus beristikomah ke arah matlamat yang dicita-citakan.

Marilah kita renung akan akan firman Allah dalam surah at-taubat ayat 20-21 yang mafhumnya: Mereka yang beriman dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah degan harta dan jiwa mereka, mereka lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang menang. Allah telah memberi khabar gembira kepada mereka dengan rahmat dan keredhaan-Nya serta syurga di mana di dalamnya nikmat-nikmat yang tetap.

Selamat menyambut Maal Hijrah - Hijratul Qalbiah (perpindahan hati) dan Hijratul Badaniah (Perpindahan diri)

Tuesday, December 8, 2009

10 ZULHIJJAH - PENYEMBELIHAN SUNAT SEMATA-MATA IBADAH KEPADA ALLAH

ALLAHHU AKHBAR, ALLAHHU AKHBAR, ALLAHHU AKHBAR, Walillahilham.

Hari ini - 10 Zulhijjah merupakan salah satu hari kebesaran Islam. Hari ini kita mengagongkan Allah SWT dengan bertakbir, bertahmid dan bertahlil sebagai bukti kesyukuran kita kepada-Nya, kerana dengan limpah keagongan-Nya telah mengurniakan kemakmuran, keamanan, ketenteraman serta kestabilan negara kita. Dengan yang demikian kita dapat beramal, melaksanakan tugas hari ini dengan sempurna. Tidak ada amalan yang paling mulia pada hari raya qurban ini melainkan menumpahkan darah binatang ternakan kita iaitu berkorban dengan menyembelih haiwan seperti lembu atau kambing adalah lambang kesyukuran kita kepada Allah untuk membantu fakir miskin dan menikmati daging qurban.

Pengajaran terpenting yang terkandung dalam Aidiladha ini adalah kesatuan umat Islam. Islam adalah umat yang satu, di mana saja umat Islam berada ia tetap umat yang satu, ia adalah umat yang bersama-sama mengikrarkan bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Mohammad saw itu adalah Rasulullah, ia adalah umat yang satu, menghadap satu kiblat, sujud kepada Tuhan yang satu Allah Rabulalamin, ialah yang satu yang berkumpul di Padang Arafah untuk melakukan ibadat haji. Adakah umat yang lain di atas muka bumi ini yang mempunyai seperti Islam? Maka sudah sewajarnyalah kita melahirkan rasa syukuR kepada Allah SWT. Kita tidak mampu berpecah belah, kita tidak mampu membiarkan anasir-anasir taksub dan fanatik terhadap sesuatu fahaman puak atau kumpulan tertentu untuk memecah-belahkan kita, kita tidak mampu membiarkan apa-apa bisikkan di telinga kita bahawa fahaman kita yang baik, sedangkan fahaman sahabat seislam kita yang lain serba kekurangan. Kita perlu bersatu untuk menjadi kuat, lihatlah bagaimana Allah SWT mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat, di satu masa dengan pakaian yang sama. Tidakkah ini menunjukkan bahawa umat Islam adalah satu umat yang diwajibkan bersatu?. Hayatilah firman Allah yang mafhumnya, Dan hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah (agama Islam) dan jangan kamu bercerai berai dan berpecah belah- surah Ali Imran ayat 103.

Rasulullah saw pula berpesan dalam sabdanya yang mafhumnya Janganlah kamu berbalah, jangan kamu benci membenci dan jangan kamu belakang membelakangi dan jadilah kamu sebagai hamba Allah yang sentiasa berada di dalam persaudaraan dan tidak harus bagi seseorang muslim meninggalkan saudaranya tanpa memberi salam sesama mereka lebih daripada tiga hari -

Aidiladha juga dikaitkan dengan ibadat qurban yang telah pun dilaksanakan sejak sebelum Nabi Mohammad saw lagi. Sesungguhnya ibadat qurban bukan semata-mata kita menyembelih haiwan samada lembu atau kambing, tetapi falsafah pengorbanan yang terdapat dalam ibadat tersebut. Tiada kejayaan dapat ditempa tanpa pengorbanan. Rasulullah saw dan para sahabat telah memberikan kepada kita contoh pengorbanan yang sebenar, di mana mereka telah mengorbankan nyawa dan harta benda demi kejayaan Islam. Nabi Allah Ibrahim AS pula sanggup menyembelih Nabi Ismail putra kesayangannya semata-mata tunduk patuh kepada perintah Allah SWT. Contoh-contoh inilah yang seharusnya ada dalam sanubari setiap umat Islam samada dalam usaha melaksanakan ibadat ataupun dalam proses pembangunan negara dan ummah. Jika segala usaha kita dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan, InsyaAllah, kejayaan bakal dinikmati dan tentulah umat Islam dan negara kita akan terbela.

Dalam kita merayakan Aidiladha ini marilah sama-sama kita mengeratkan tali silaturrahim dan kemesraan sesama umat Islam khususnya dan masyarakat lain amnya. Mudah-mudahan Allah SWT akan menyatukan hati-hati kita dan nmenjauhkan kita daripada hasad dengki dan sifat keji yang membawa malapetaka, kekacauan dan perpecahan sesama kita. Hari ini kita telah melihat kehancuran dan kemusnahan sesebuah negara kerana perpecahan sesama umat Islam, perkara ini tentulah akan mendatangkan pelbagai masalah yang akhirnya akan menghancurkan negara tersebut. Iktibar inilah yang amat perlu kita renungi dan insafi. Marilah kita berusaha mengekalkan perpaduan sesama umat Islam bukan saja sewaktu menyambut hari-hari kebesaran Islam, tetapi setiap hari, masa dan ketika .

Akhirnya saya serta keluarga dengan tulus ikhlas mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat semoga Allah SWT menerima amal kita dan mudah-mudahan kita dikurniakan dengan keberkatan, Amin.

Allahhu akbar, Allahhuakhbar, Allahhu akhbar, Walilillahilham. Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.
(petikan ucapan yang disampaikan kepada Jemaah Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah sempena menyambut Aidilada)

Monday, October 26, 2009

KORBAN - MENDEKATI DIRI KEPADA ALLAH

Dato'-Dato', tuan-tuan yang berbahgia dan di rahmati Allah sekalian,
Tidak beberapa hari lagi kita akan sampai kepada satu lagi hari kebesaran Islam. Kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha insyaAllah pada hari Jumaat 27/11/2009 yakni lebih kurang sebulan lagi dari sekarang.

Kepada Muslimin muslimat yang ingin menyertai dalam ibadat korban di Masjid ini jangan dilepaskan peluang ini untuk bersama-sama dalam ibadat ini. Korban atau akikah adalah ibadat sunat bagi setiap umat Islam yang mampu, manfaatnya cukup banyak, baik kebaikan di dunia mahupun akhirat.

Ulama Islam bersepakat bahawa hukum korban ialah sunat muakat, sunat yang hampir kepada wajib, ini berasaskan kepada dari beberapa sumber dari Al Quran dan hadis, antaranya firman Allah dalam surah Al-Kausar ayat satu dan dua yang memberi maksud: Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (Muhammad) kebaikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).

Jadi nyatalah bahawa ibadat korban di lakukan semata-mata untuk mendekati diri kepada Allah SWT melalui penyembelihan binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing, kerbau, biri-biri dan kibas. Penyembelihan ini hanya boleh dilakukan pada hari raya Adha atau pada hari tasyrik berikutnya. Waktu penyembelihan haiwan korban ialah sejak khatib turun dari atas member setelah selesai berkhutubah solat Aidiladha hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. Dapatlah kita fahami waktu penyembelihan binatang korban hanya empat hari dalam setahun.

Korban boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang cukup syaratnya, samada yang sedaang melakukan ibadat haji di Makkah atau di mana sahaja ia berada.

Di samping itu Rasulullah saw pernah memberi amaran atau ingatan kepada orang-orang yang berkemampuan untuk berkorban, tetapi enggan melakukannya, amaran seperti ini dapat difahami dari sepotong hadis Rasulullah saw yanng bermaksud: "Barangsiapa yang ada kemampuan tetapi ia tidak berkorban maka janganlah ia menghampiri tempat sembahyang kami".

Ketika penyembelihan korban ada beberapa sunat-sunat patut diketahui, antaranya:

  • Didahului membaca "Bismillahhir Rahmanir Rahim
  • Sesudah membaca Bismillah, hendaklah bertakbir tiga kali
  • Selawat dan salam kepada Nabi
  • Menghadap kiblat dan
  • membaca doa supya korban itu diterima oleh Allah seperti maksudnya: "Oh Tuhan, nikmat ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, maka terimalah daripadaku".
"SELAMAT MENJALANKAN IBADAT KORBAN - BERSAMA MENEGAKKAN SYI'AR ISLAM"

Ikhlas dari:

(Hj. Abdullah Hj. Abd. Rahman)
Pengerusi
Masjid Abu uabidah Al Jarrah

(surat siaran kepada anak kariah dan kepada Pengerusi-Pengerusi Surau di bahwah kariah Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai sempena Aidiladha 1430 H)

Wednesday, September 30, 2009

KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA

HATI ini tersentuh bila menatap berita bagaimana seorang ibu tentunya sudah lanjut usianya yang dihantar ke rumah orang-orang tua oleh anak kesayangannya. Si ibu meraung, merayu, memohon belas kasihan dengan penuh hiba minta agar dirinya jangan diperlakukan sedemikian.

Bagi mereka yang 'berhati', sitiwasi seperti ini sudah tentu amat menyayat hati dan jantung. Kenapakah tergamak si anak memperlakukan demikian kepada si ibu tua yang ingatannya tidak lain hanya ingin menghabiskan sisa-sias hidupnya bersama anak-anak dan cucu-cucunya, barangkali entah esok entah lusa ia akan pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya, di mana hati dan perasaan anak-anak seperti ini. Tidakkah terfikir oleh si anak jika perbuatannya ini terjadi kepada dirinya sendiri, bagaimanakah perasaannya, kerana kita tidak tahu apakah yang akan terjadi pada masa mendatang, sesetengah manusia memang zalim atau mungkin tidak sedar diri dan terlupa bahawa Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Apakah perasaan kita sekiranya segala pengorbanan yang kita beri dipersiakan?, tidakkah kita merasa sedih, hampa dan kecewa, kerana itulah kita perlu melayan ibu bapa dengan sebaik-baiknyan, kerana pengorbanan mereka adalah pengorbanan yang hakiki, bukan pengorbanan yang dipaksa-paksa, atau dilakukan dengan sambil lewa sahaja.

Cuba kita renungkan firman Allah dalam surah Al Isyrak ayat 23-24 yang (mafhumnya): Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun) dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaiman mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecilku.

Oleh itu nyatalah tuntutan berbakti kepada kedua ibu bapa adalah tuntutan yang wajib, ia adalah perintah Allah. Anak-anak yang melaksanakan akan mendapat ganjaran yang besar, tetapi sekiranya tuntutan ini ditinggalkan, mereka akan disiksa di akhirat kelak, apatah lagi jika mereka menyakiti hati keduanya.

Sebenarnya Islam itu sendiri menganjurkan umatnya supaya sentiasa merendah diri, terutama kepada kedua ibu bapa, sikap meninggikan diri adalah ditegah kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dan kebinasaan. Bagitu juga dengan konteks bergaul dengan ibu bapa, kita dituntut merendah diri, tidak kira walau bagaimana besar jawatan disandang , walau sebanyak mana wang ringgit dan harta yang kita miliki, walau sebesar mana pengaruh dan kuasa yang ada di taggan kita, kita hendaklah merendah diri dan anggaplah mereka sebagai orang yang sewajarnya mendapat pembelaan dan disanjung sepanjang masa, tidak kira mereka masih hidup atau pun telah kembali ke alam baqa.

Terdapat banyak hadis Rasulullah saw yang menyuruh supaya melebihkan ibu daripada bapa, ini mungkin kerana ibu lebih banyak berkorban, bersusah payah, membesar serta mendidik anak-anak berbanding dengan bapa. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw baginda melebihkan ibu tiga kali ganda dari bapa, sabda baginda (mafhumnya): Pada satu hari datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya, "Siapa yang lebih berhak mendapat perhatian yang lebih baik dari saya?, jawab baginda "Ibumu", dan dia bertanya lagi, selepas itu siapa?,,jawab baginda, "Ibumu" kemudian dia bertanya lagi, selepas itu siapa? jawab baginda lagi "Ibumu", dia bertanya lagi, kemudian itu siapa lagi, jawab baginda, "Bapamu".

Dan dalam hadis yang lain pula Rasulullah saw menjelaskan "Bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu".

Kepada mereka yang masih ada ayah dan ibu sayangilah mereka, berilah kasih sayang yang sewajarnya, agar kita tidak menyesal sepanjang hayat atas kesilapan dan tindakan kita semasa mereka masih hidup. KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA".

Sunday, September 20, 2009

HUBUNGKAN SILATUR-RAHIM

Allahhuakhbar, Allahhu akhbar, Allahhu akhbar, walilahilham,

Muslim muslimat yang budiman lagi di rahmati Allah sekalian
Assalamualikum warahmatullahi wabarkatuh.

Ramadn Al Mubarak telah kita tinggalkan, apakah kita sempat bertemua lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan, kesabaran, keinsafan dan bulan ketakwaan ini. Hanya Allah sahaja yang menentukan. Namun sama-samalah kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi berada dalam ketaatan kepadaanya.

Walaupun perasaan kita pada ketika ini, suka, gembira sedih dan mungkin menyesal (menyesal kerana kita tidak merebut tawaran Allah yang Maha Pemurah dengan sebaiknya, mana ada tawaran paling lumayan yang Allah tawarakan selain dari bulan Ramadan seperti: keredaan Allah, keampunan Allah, balasan syurga, bonos 1000 bulan, tingkatkan taqwa, syaitan dibelengu, sihat tubuh badan, rezeki mencurah, doa dimakbul, malam lailatul Qadar (lebih baiak dari 1000 bulan) . Ya Ramadn tetap pergi meninggalkan kita, Ramadan ini kita tinggalkan dengan penuh seribu macam kenangan dan apa yang pasti kita meneruskan kehidupan sehingga ke akhir hayat. Oleh itu sama-samalah kita meneruskan sisa kehidupan ini dengan melakukan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Hari ini hari raya aidilfitri. Aidilfitri memberi makna kembali kepada "fitrah" iaitu seorang yang telah berjaya melakukan ibadat puasa yang diwajibkan serta memelihara diri daripada berbagai tuntutan hawa nafsu yang melampau, memelihara lidah dari kata-kata keji dan nesta, tidak membuat pembohongan dan lain-lain. Di samping itu mereka menambah ibadat-ibadat sunat yang sangat digalakkan dan berjaya menunaikan kewajipan berzakat sebelum berlalunya solat aidilfitri sebentar nanti Maka sesungguhnya mereka inilah yang menurut perhitungan Allah SWT layak kembali kepada fitrah, iaitu suci bersih daripada dosa seperti mula dilahikan. Sesunguhnya demikianlah betapa hebatnya ibadat puasa kepada mereka yanng berjaya menunaikan dengan beribadat bersungguh-sungguh, mereka inilah gulungan yang layak merayakan aidil-fitri dengan penuh rasa kegembiraan. Benarlah seperti sabda Rasulullah saw yang menyatakana: bahawa orang yang berjaya menunaikan ibadat puasa dengan penuh keimanan dan kesedaran maka bagi mereka dua kegembiraan: gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu Allah SWT.

Sesungguhnya hikmah yang terkandung dalam ibadat aidil-fitri, bukan semata-mata ibadat yang menghubungkan seorang hamba dengan penciptanya sahaja, bahkan ianya merupakan hubungan langsung sesama manusia, di waktu merayakannya umat Islam digalakkan untuk sama-sama berkongsi kegembiraan, tidak kira di mana mereka berada, cara yang paling penting dalam menghidupkan syiar aidil-fitri ini ialah dengan menghubungkan silatur-Rahim. Allah berfirman dalam surah al nisaa -ayat 1 : (mafhumnya): Bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim).

Perintah menghubungkan silaturrahim khususnya di waktu menyambut aidil-fitri adalah suatu yang sangat besar manfaatnya, ianya satu syiar yang melambangkan kesatuan akidah dan syariat umat Islam seluruh dunia. Dengan kokohnya hubungan persaudaraan antara umat Islam akan terserlahlah kehebatan dan kekuatan umat dan berjaya memperiratkan hubungan silaturrahim, yakni hubungan persaudara sesama Islam.

Sesungguhnya dengan menghubunkan silaturrahim di musim perayaan ini, kita bukan saja dapat meningkatkan persahabatan, bahkan dapat menjernihkan segala salah faham serta keterlanjuran dan memohon kemaafan di atas segala kesalahan yang lalu. Mudah-mudahan dengan ini akan terpeliharalah kehidupan dan kedamaian hidup bekeluarga dan bermasyarakat. Sesungguhnya Allah Taala menghendaki kita melaksanakan hubungan silaturrahim kerana ianya adalah tuntutan ajaran Islam sebagaimana firmanNya dalam surah An nisaa' ayat 36 yang mafhumnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiaran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.

Dari itu eratkanlah persaudaraan dan pertingkatkan iakatan Ehkhutul Islmiah sejagat, marilah di hari yang mulia ini kita sama-sama menghayati firman Allah dalam surah Al Anfal ayat 47 yang (mafhumnya) :
Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu.

Muslimin, Muslimat para tetamu Allah sekalian,
Di kesempatan hari baik bulan baik ini saya dengan rasa bersyukur dan berbangga mengatur kan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada penyumbang-penyumbang bagi tujuan berbuka puasa di masjid ini sepanjang sebulan berpuasa. Terima kasih banyak kepadaa Y.Bhg. Dato' Fauziah tuan punya Sri Urtama International School yang telah bemurah hati bersedekah nasi dan anika lauk sebanyak 120 bungkus, serta dua jenis kuih 150 biji setiap jenis pada setiap hari. Bagitu juga kepada wakil rakya Parlimen Setiawangsa YB Dato' Sri Hj. Zulhasnan Rafique yang telah menyumbang bantuan berbentuk wang dan lain-lain bentuk bantuan pada sepanjang masa. Bagitu juga terima kasih saya kepada orang persaorangan yang tak dapat saya nyatakan satu persatu di sini. Hanya Allah saja yang berupaya membalas segala kebaikkan ini.

saudara-saudara yag saya kasihi sekalian, barangkali selepas solat sunat ini nanti mungkin saudara-saudara akan meningalkan ibu kota, kepada saudara-saudara saya harap memandulah dengan berhemah, jangan tergopoh-gapah, kerana gopoh-gapah itu adalah bisikan syaitan.

Akhir qalam saya dan keluarga serta seluruh AJK dan kakitangan masjid yang terdiri dari Imam-Imam, bilal-bilal dan pembantu-pembantu masjid mengucapkan kepada muslimin dan muslimat sekalian: "Selamat merayakan aidil-fitri serta memohon maaf zahir & batin.
Minal aidin walfa izizn, wakolum Aamim waantum bikhirr.

Allahhu akhbar, Allahhu akhbar, Allahhu akhbar, walililahil ham.

Sekian, wabillahi taufik wal-hidayah, wassalmualikum warahmatullahi wabarkatuh

(Petikkan ucapan yang saya sampaikan kepada para jemaah Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai Kuala Lumpur, sebelum solat aidil-fitri 1430 h)

Friday, September 4, 2009

BACALAH AL QURAN

AL QURAN kitab suci yang menjadi panduan hidup dan matinya umat Islam. Dinamakan demikian (Quran) memberi pengertian bahawa Al Quran itu harus selalu dibaca dan diperhatikan isinya.

Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bahasa Arab. Di dalamnya terkumpul wahyu Ilahi yang lengkap mengandungi segala hukum, petunjuk, pedoman, pelajaran, nasihat, cerita sejarah dan ilmu pengetahuan yang dapat memimpin manusia ke arah kebenaran, ketinggian dan kemuliaan dunia dan akhirat.

Al Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan oleh Allah, kandungannya mencakupi segala syariat yang terdapat dalam kitab-kitab suci yang diturunkan sebelumnya.

Surah yang mula-mula diturunkan ialah Al Alaq (segumpul darah) kerana pada bahagian awal surah ini Tuhan menegaskan bahawa: Ia mencipta manusia dari segumpul darah beku
Surah ini juga dikenali dengan nama surah "Iqrak" atau Al Qalam.

Pada peringkat awalnya hanya lima ayat dari surah ini yang di turunkan, surah ini membawa perintah dari Allah supaya membaca Al Quran. Memperingatkan dan memberi tahu bahawa manusia ini dijadikan dari darah beku. Allah jadikan qalam sebagai alat untuk mengmbangkan pengetahuan atau pelajaran.

Ianya diturunkan oleh Allah Taala kepada junjungan kita Muhammad saw dalm bulan Ramadan, pada malam kemuliaan (Lailatul-Qadar). Tarikh keramat itu ialah pada 17 Ramadan tatkala itu baginda Rasulullah saw berusia 41 tahun.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 185 (mfhumnya): Masa yang diwajibkan berpuasa itu pada bulan Ramadan yang padanya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia.

Dewasa itu baginda sedang beribadat di Gua Hirak, di negeri Makkah Al-Mukarramah. Al Quran merupakan sebesar-besar nikmat yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia seluruhnya.

Hanya dengan panduan Al Quran - 'Kalamullah' sahajalah umat manusia akan mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahgiaan yang kekal di akhirat.
Lima ayat yang awal diturunkan itu mengemukakan tiga perkara besar:
  • Allah Tuhan sekalian Alam yang Maha Esa dan Maha Berkuasa yang wajib diingati dan dipatuhi dalam segala keadaan
  • Manusia yang telah dicipta oleh Allah Taala adalah sebaik-baik kaadaan dan diberi berbagai keistimewaan berbanding dengan makhluk lain.
  • Nikmat ilmu pengetahuan yang diajarkan oleh Allah Taala kepada manusia melalui pena dan tulisan
Cara Al Quran diturunkan adalah dengan beransur-ansur selama 22 tahun dua bulan dan 22 hari, dengan perantaraan Malaikat Jibril yang datang secara berulang-alik sebanyak 2,000 kali.
Al Quran mengandungi 114 surah, surah-surah ini berlainan nama dan berbeza pula panjang pendeknya. Surah Al Baqarah adalah yang terpanjang sekali dengan mengandungi 286 ayat. Manakala surah Al Kausar mengandungi tiga ayat ialah yang terpendek.
Surah dan ayat ini dibahagikan kepada 30 juzuk (bahagian) juz pertama 'Alif Lam Mim' dan disudahi juz 'Ammayatasa.

Surah terakhir diturunkan ialah ayat ke tiga surah Al Maidah seperti firmannya (mafhumnya): Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu

Peristiwa ini terjadinya tanggal sembilan Zulhijjah tahun yang ke sepuluh Hijrah. Ketika itu baginda Rasulullah saw sedang mengerjakan haji widak (haji selamat tinggal).

Membaca Al Quran adalah amalan yang sangat mulia dan akan memperolehi pahala yang berlipat ganda kerana yang dibaca itu ialah kitab suci dari Allah.

Al Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi orang mukmin. baik di kala senang atau di kala susah, di kala gembira atau di kala duka.

Malah membaca Al Quran itu bukan saja menjadi amalan dan ibadat bahkan menjadi ubat bagi jiwa yang resah gelisah.Sabdar Rasulullah saw (mafhumnya): Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah ibadat, membaca Al Quran secara bergilir-gilir dan mengajarkan terhadap sesamanya (tadarus), akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman, akan terlimpahlah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh Malaikat, juga Allah akan selalu mengingat mereka - Riwayat Muslim dari Abu Hurairah.

Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang membaca wahyu Allah ini. Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran yang berganda-ganda. Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa, (maksudnya): Tiap-tiap orang yang membaca Al Quran dalam sembahyang akan mendapat pahala lima puluh kebajikan bagi setiap huruf yang diucapkannya, membaca di luar sembahyang dengan berwuduk pahalanya dua puluh lima kebajikan bagi setiap huruf yang diucapkannya. Membaca Al Quran di luar sembahyang dengan tidak berwuduk pahalanya sepuluh kebajikan bagi setiap huruf yang dibacanya.

Di dalam ajaran Islam, bukan hanya orang yang membaca Al Quran sahaja yang memperolehi pahala dan rahmat, tetapi mendengar bacaan Al Quran juga akan diberi pahala. Sesetengah ulama' berpendapat mendengar orang membaca Al Quran pahalanya sama banyak dengan orang yang membaca itu sendiri.

Malah memandang kepada ayat-ayat Al Quran juga diberi pahala oleh Allah.
Bagi ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka hingga pandai membaca Al Quran, di akhirat nanti akan diberikan satu mahkota dari dalam syurga.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Siti Aisah r.a. Rasulullah saw bersabda, (Mafhumnya): Orang yang membaca Al Quran dengan mahir kelak mendapat tempat dalam Syurga bersama-sama dengan Rasul-Rasul yang mulia. Dan bagi mereka yang membaca Al Quran tetapi tidak berapa mahir membacanya dengan terhenti-henti, terputus-putus dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar) ia pun beroleh dua pahala.

Bagi mereka yang membaca Al Quran adalah disunatkan sujud apabila bacaannya sampai kepada ayat-ayat sejadah (ayat sujud). Sujud ini dinamakan sujud sejadah atau sujud tilawah.
Bagitu juga disunatkan sujud kepada orang yang mendengarnya apabila orang yang membaca itu sujud mereka yanag mendengar atau makmumnya hendaklah bersujud sama, jika yang membacanya tidak sujud yang mendengar tidaklah disunatkan sujud.

Bacalah Al Quran bila ada kelapangan atau bahagi-bahagikanlah masa untuknya, umpamanya beberapa hijab atau beberapa ayat selepas sembahyang, atau pada bila-bila masa yang terluang agar dapat di tamatkan (khatam).

Dalam hal mengkhatamkan bacaan Al Quran ini adalah mengikut kemampuan sesaorang ada yang mengkhatamkannya setiap minggu, setiap bulan, atau ada juga yang setahun sekali, malah ramai pula yang boleh khatam dalam sebulan Ramadan.

Namun Nabi saw menyarankan agar bacaan Al Quran dapat dikhatamkan setiap minggu, yakni dikhatamkan setiap malam Jumaat.

Tiada satu kebahgiaan dalam hati sesaorang Muslim, melainkan apabila dia dapat membaca Al Quran sampai khatam, apabila telah khatam itulah puncak segala kebahgiaan hatinya.
Apabila telah khatam bacalah doa memohon kepada Allah agar menjadikan Al Quran sebagai syafaat (perlindungan), apabila kita tidak lagi mendapat apa-apa perlindungan dan pertolongan dari yang lain-lain di Padang Mahsyar nanti.

Doa yang selalu dibaca ialah: (seperti yang terdapat dalam doa khatam Al Quran):
" Ya Allah terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat. Tunjuki dan bimbingilah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran.

Ya Allah kasihanilah kami dengan bacaan Al Quran dan jadikannya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al Quran dan ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang dan jadikanlah AlQuran itu sebagai hujjah untuk kami, wahai Tuhan yang memelihara sekalian alam.

Ya Allah hiasilah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemulian Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran. Masukkanlah kami ke dalam Syurga dengan syafaat (pertolongan) Al Quran. Selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran.


Nota peringatan: Rasulullah saw bersabda mfhumnya: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya.SELMAT MENYAMBUT NUZUL AL QURAN

Tuesday, September 1, 2009

RAHMAH, KEAMPUNAN DAN KELEPASAN DARI API NERAKA

Hari ini 11 Ramadan, sangat pantas masa berlalu, kita telah meninggalkan sepuluh hari puasa Ramadan tahun ini, jika umur masih ada dapatlah kita beribadat dalam sepuluh hari kedua dan sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Acapkali kita dengar pada bulan Ramadan ini, "Permulaannya rahmat, pertengahanya keampunan dan pada sepuluh teraklhir kelepasan dari api neraka". Mengikut sesetengah ulama' hadis ini adalah dari hadis yang lemah (walaupun ia dikatakan hadis lemah tetapi ia sangat boleh diterima pakai kerana masudnya yang memberi kita ingatan setiap ketika).
Sebenarnya (mengikut sesetengah 'ustaz' , sepanjang bulan Ramadan yaitu dari satu Ramadan hingga ke akhir Ramadan adalah meliputi semuanya, yaitu, "Rahmah, keampunan dan kelepasan dari api neraka". Oleh itu rebutlah beramal ibadat dari sejak satu Ramadan hingga ke akhirnya agar kita tidak terlepas dari mendapat pahala yang dijanjikan Allah, kerana bulan Ramadan apa saja kebaikkan yang kita kerjakan akan mendapat balasan yang lebih 'lumayan' dari Allah. Bagitulah sayangnya dan pemurahnya Allah kepada kita yang taat mengerjakan segala suruhannya.
Sepekara lagi samada sedar atau tidak, semasa kita menjalankan 'ibadat puasa' maksudnya semasa kita dalam berpuasa kita melakukan perkara-perkara yang sepatutnya tidak dilakukan oleh sesaoranng yang sedang beribadat, sudah tentu ibadat kita kurang kualitinya, walaupun ia mungkin tidak sampai kepada membatalkan. Ibadat yang kurang kualitinya sudah tentu kuranglah pahalanya, alangkah ruginya kita jika ini terjadi, kerana pahala yang kita harapkan mungkin kurang atau tak seberapa, yakni tidak sampai kepada tahap yang kita harap-harapkan.
Ingatlah, jika Jumaat Penghulu segala hari, Allah menjadikan ramai Malaikat maka Jibril itu Penghulunya, Allah menjadikan masjid-masjid maka Masjid Al Haram itulah Penghulujnya. Allah menjadikan bumi dan langit maka Tanah Haram Makkah itulah Penghulunya. Allah menjadikan segala kitab, Al Quranul Karim itulah Penghulunya, Allah menjadikan bulan-bulan (12 bulan setahun) maka Ramadan itulah Penghulunya. Allah menjadikan para Nabi dan Rasul, maka Nabi Mohammad saw itulah Penghulunya, Allah menjadikan malam maka Lailatul qadar itulah Penghulunya. Ya kita kini berada dalam Penghulu segala bulan, Penghulu segala malam dan kita banyak membaca Al Quran Penghulu segala kitab.
Beruntunglah kita jika kita berada di bulan yang penuh dengan keberkatan-Nya ini. Kita sepatutnya mengutip segala kurniaan Allah ini untuk di bawa balik sebagai bekalan ke alam yang kekal.
Jadikanlah tahun ini umpama tahun akhir kita berada dengan Penghulu segala bulan, Penghulu segala malam dan membaca Penghulu segala kitab. Beruntunglah mereka yang dapat merebut kurniaan Allah ini.

Saturday, August 22, 2009

RAMADAN, BULAN KEBENARAN, KEKUATAN, KEBEBASAN DAN KEADILAN

Rasulullah saw menyeru dalam sabdanya (mafhumnya): "Wahai manusia, bulan yang besar dan barkat telah tiba kepadamu. Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah memfardukan berpuasa pada bulan itu dan menjadikan ibadat malamnya sebagai amalan sunat. Barangsiapa yang menghampirkan diri kepada Allah pada bulan itu denagn satu kebaikan maka bagaikan ia menunaikan satu amalan fardu pada bulan yang lain. Barangsiapa yang menunaikan satu kefarduan maka bagaikan ia menunaikan 70 amalan fardu pada bulan yang lain. ia adalah bulan kesabaran, kesabaran itu ganjarannya syurga. Ia adalah bulan keselesaaan dan bulan bertambahnya rezeki orang yang beriman". Demikian khutubah yang disampaikan oleh Rasulullah saw pada akhir bulan Syaaban.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita ucapkan berbanyak-banyak syukur ke hadrat Allah awt kerana dengan limpah kurnianya sekali lagi diberi-Nya peluang menyedut udara Ramadan. Ramadan bulan yang penuh keberkataan. Siapa yang menduga kita dapat menyambut bulan mulia ini pada tahun ini. Berapa ramai sahabat kita yang sama-sama menyambut Ramadan tahun-tahun yang lalu, tetapi Ramdan kali ini mereka tidak lagi bersama-sama kita, lantaran telah dipanggil pulang oleh Allah Azzawajalla.
Jadi anggaplah Ramadan kali ini umpama Ramadan yang terakhir buat kita . Sebaba itu jadikan Ramadan 'akhir' ini yang terbaik jangan kita lalai merebut peluang bagi mecari keredaan Allah.
Ya tuan-tuan dan puan-puan. Jika di tinjau kepada aspek puasa itu sendiri ia merupakan salah satu ibadat yang berdiri di atas dasar-dasar kesabaran. Sabar mentaati perintah Allah swt dan sabar meninggalkan larangan-larangan serta sabar menghadapi penderitaan lapar dan dahaga dalam kaadaan jasmani yang lemah, sebab itulah Rasulullah saw menamakan bulan Ramadan yang mulia ini sebagai bulan kesabaran seperti sabdanya (Mafhumnya):Puasa itu separuh dari kesabaran. dan sabda baginda lagi (mafhumnya): Sabar adalah separuh dari iman.
Muslimin Muslimat sekalian,
Sesuatu yang harus kita tanamkan di hati bahawa bulan puasa ini sebenarnya bulan yang diharapkan kita semua lebih bertakwa seperti firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 183 yang mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman di wajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana yang telah di wajibkan kepada orang sebelum kamu Semua kamu betakwa.
Dalam hal takwa ini Allah juga telah berfirman dalam surah Asysyu'ara ayat 90 yang mafhumnya: Dan syurga itu didekatkan kepada orang yang bertakwa
Dalam surah Al Baqarah ayat 197 pula Allah berfirman: (mafhumnya): hendaklah kamu membawa bekal secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah takwa.
Muslimin, muslimat yang dirahmati Allah
Marilah kita tekadkan di hati supaya hari ini lebih takwa dari semalam, tahun ini lebih takwa dari tahun-tahun sebelumnya. insya Allah
Sidang jemaah para tetamu Allah sekalian,
Ibadat puasa sebenarnya mempunyai falsafah yang amat menarik untuk dihayati. Ia bukan sekadar berlapar di siang hari serta menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan ibadat berkenaan, tetapi ia mempunyai manifestasi yang luas, merangkumi berbagai aspek kehidupan. Ia membabitkan kesucian hati, keikhlasan pengabadian dan rendah diri, simpati dan banyak lagi kesan-kesan daripadanya.
Dalam syariat Islam, puasa mempunyai tujuan dan hikmah yang sangat besar dan bulan ibadat ini sekiranya dihayati sepenuhnya ia boleh meningkatkan ketakwaan orang mukmin terhadap Allah SWT. Dengan itu sewajarnyalah umat Islam mengambil kesempatan dari bulan Ramadan untuk beramal soleh dan mengimarahkan masjid untuk lebih rajin melakukan ibadat dan ketaatan, seperti memprbanyakkan sedekah dan menghulurkan pertolongan, membaca Al Quran, bertaraweh dan lain-lain lagi. Rebutlah peluang atas kemurahan Allah ini dengan sebaik-baiknya.
Akhirnya sukalah saya memetik sebuah hadis Rasulullah saw yang mafhumnya: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan dan aku telah sunahkan kepada kamu berdiri pada malamnya (solat sunat taraweh) dan barangsiapa yang berpuasa pada siang hari dan solat (solat taraweh pada malamnya kerana mengharapkan keredaan Allah nescaya keluarlah ia yakni selamatlah dia dari dosa seperti hari ia dilakhirkan oleh ibunya.
Suka juga saya maklumkan di sini iaitu bayaran fitrah tahun ini (tahun 1430 H) ialah RM 7.00 bagi satu fitrah. Silalah tunaikan kewajipan ini mulai satu Ramadan hingga sebelum solat sunat aidilfitri. Namun bagitu membayar lebih awal adalah lebih menyenangkan amil-amil kami juga diri Tuan-tuan sekalian.
Seperti tahun-tahun lalu pihak masjid mengadakan majlis berbuka puasa di masjid, saya dengan hormatnya mempersilakan semua jemaah sama-sama berbuka di masjid, lima belas minit sebelum berbuka sama-sama kita bertahalil arawah. Bagitu juga pihak masjid ada menyediakan bubur lambuk untuk anak-anak kariah, Tuan-tuan dan puan dipersilakan datang mengambil bibur ini selepas waktu asar.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamuaikum w.r k.
(antara petikkan ucapan yang disampaikan kepada jemaah MASJID ABU UBAIDAH AL JARAH, TAMAN SRI RAMPAI pada malam pertama menyambut Ramadan)




Monday, July 27, 2009

PUASA

BULAN Ramadan adalah bulan yang diwajibkan (fardu ain) berpuasa kepada penganut Islam yang mukallaf. Ibadat puasa salah satu rukun Islam yang lima ini telah mula difardukan kepada umat Islam ialah pada tahun ke dua hijrah.
Puasa (assaum) bererti menahan (al-imsak) daripada sesuatu perkara seperti firman Allah SWT dalam surah Mariam ayat 26 (mafhumnya): Sesungguhnya aku telah berjanji (bernazar) bagi Tuhan yang bersifat pengasih akan mengerjakan puasa - yakni menahan diri dan diam dari berkata-kata.
Dalam istilah umum syarak pula membawa erti menahan diri daripada perkara-perkara tertentu, oleh orang tertentu, pada waktu-waktu tertentu dengan beberapa syarat
Kesebulatan pendapat (ijmak) bahawa kita diwajibkan berpuasa apabila telah yakin betul datangnya bulan Ramadan dengan melihat anak bulan (rukyah al hilal) pada malam tiga pulu Syaaban. Apabila anak bulan tidak kelihatan maka hendaklah digenapkan Syaaban tiga puluh hari, ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw (mafhumnya): Berpuasalah kamu kerana melihat anak bulan (Ramadan) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat anak bulan (Syawal). Kamudian jika kamu terhalang oleh awan maka genapkanlah bilangan Syaaban tiga puluh hari. - Riwayat Bohari dan Muslim
Penyaksian rukyah "al hilal" ini hendaklah datangnya dari seorang atau dua orang yang adil.
Pada siangnya (mulai terbit fajar hingga terbenam matahari) sesaorang yang berpuasa hendaklah menahan diri diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. FirmanAllah (mafhumnya): Dan makanlah dan minumlah sehingga nampak jelas olehmu benang putih dari benang hitam, yakni fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam - Surah Al-Baqarah ayat 187.
Antara perkara yang menjadikan puasa itu terbatal ialah
  • Makan atau minum dengan sengaja.
  • Memasukkan sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga yang ada di tubuh badan.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Melakukan persetubuhan dengan sengaja.
  • Keluar mani dengan disengajakan, (jika keluar mani kerana bermimpi walaupun di siang hari tidak batal puasanya).
  • Datang haid atau nifas
  • Gila, walaupun sekejap masa dan
  • Murtad.
Allah berfirman, (mafhumnya): Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaiman diwajibkan atas orang-orang dahulu daipada kamu supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah): beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makanan orang miskin (secupak makanan asasi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasanya). Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui. - Al Baqarah 183-184
Puasa bulan Ramadan hukumnya adalah wajib kepada lelaki dan perempuan yang telah cukup sayarat-syaratnya:
  • Islam - orang yang masih belum Islam tidak diwajibkan berpuasa
  • Sihat tubuh badan - sihat di sini bererti berupaya mengerjakan puasa dengan sempurna dan memenuhi kewajipannya.
  • Telah sampai umur atau akhil baligh.
  • Tinggal secara tetap di sesuatu tempat. - maksud tinggal tetap di sini sesaorang itu tidak dalam perjalanan dengan jarak yanng lebih "dua marhalah"
Pengecualian Puasa
Antara mereka yang diberi pengecualian atau diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa (namun tidaklah dibebaskan dari wajib berpuasa secara mutlak) adalah:
  • Anak-anak yang belum baligh - walaupun anak-anak yang belum mencapai umur baligh tidak diwajibkan berpuasa tetapi amatlah baik andainya ibu bapa dapat melatih serta membimbing anak-anak mengerjakan ibadat puasa. Mungkin di peringkat permulaannya berupaya hingga setengah hari, tiga perempat hari, mengikut kemampuannya. Bila sampai ketikanya mereka wajib berpuasa tidaklah menjadi asing baginya dan mampu melaksanakan kewajipan ini dengan baik. Dalam hal mengerjakan ibadat ini Rasulullah saw menasihatkan ibu bapa dalam sebuah sabdanya, (maksudnya): Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang bila mereka berumur tujuh tahun, dan pukulah mereka bila mereka berumur sepuluh tahun (jika engkar tidak mahu mengerjakanny).
  • Orang sakit - seseorang yang jatuh sakit mereka tidak berupaya meneruskan puasanya dikhuatiri dengan berpuasa menambahkan kesakitannya, mereka bolehlah berbuka dan wajib qada.
  • Orang yang tidak waras - yang tidak dapat memahami apa perbuatan yang dilakukannya, atau lebih tepatnya orang gila, dan gilanya itu datang pada siang hari, mereka yang demikian tidak menjadi kewajipan berpuasa baginya, sabda Rasulullah saw, (maksudnya): diangkat pena (tidak dicatat) dari tiga orang; orang gila hingga sembuh, orang tidur hingga ia jaga dan kanak-kanak hingga ia bermimpi (dewasa) ia (orang gila) diwajibkan mengqadakan puasa yang ditinggalkan.
  • Orang yang telah terlalu tua - (lelaki atau perempuan) yang langsung tidak berupaya berpuasa (dikuatiri jika mereka berpuasa akan merosakkan lagi keadaan fizikal mereka yang telah lemah).. Puasa yang ditinggalkan oleh gulungan ini hendaklah diganti (diwajibkan) dengan membayar fidyah iaitu sebanyak satu cupak (3/4 litter seharai puasa yang ditinggalkan) makanan yang boleh mengenyangkan (makanan asasi - Malaysia: beras) andainya mereka ini tidak berkemampuan mengadakan fidyah ini maka menjadi tanggungjawab ahli keluarganyalah melaksanakannya, orang-orang ini tidak diwajibkan qada.
  • Pitam sepanjang hari - mereka yang pitam sepanjang hari harus berbuka dan wajib qada.
  • Perempuan hamil - jika dikhuatiri membahayakan diri atau kandungannya diharuskan berbuka. Mereka ini wajib qada dan membayar fidyah setiap hari puasa yang ditinggalkan berdasarkan firman Allah surah Al Baqarah ayat 184 (mafhumnya): dan di atas mereka yang dapat menunaikan tetapi dengan mengandung keberatan puasa hendaklah mengeluarkan fidyah dengan memberi fidyah dengan memberi makan kepada orang-orang miskin.
  • Ibu yang menyusukan anak - jika mereka bimbang dengan berpuasa akan memudaratkan dirinya juga bayinya, mereka harus berbuka dan wajib qada.
  • Wanita dalam hai dan nifas - mereka tidak diwajibkan berpuasa, jika berpuasa pun terbatal puasanya. Mereka wajib qada.
Hikmat-hikamh daripada ibadat puasa ini amatlah banyak, antara hikmat yang jedlas ialah:
  • Bila sesaorang berpuasa ia tidak mencari yang lain kecuali keredhaan Allah serta rahmatNya.
  • Sesaorang yang sedang berpuasa seharus menjaga dirinya dari angan-angan yang kotor dan tidak berguna apatah lagi kepada yang tidak dibenarkan oleh agama. Bagi menyelamatkan nilai puasanya, sesaorang yang berpuasa seharusnya menjaga dirinya dari perilaku yang menjejaskan erti puasanya.
Untuk menjaga nilai puasa yang benar-benar diredai Allah, sesaorang yang sedang mengerjakan puasa hendaklah selalu mendekati dirinya kepada Allah
Sesaorang yang sedang menjalankan ibadat puas dengan sebaik-baiknya adalah merupakan mereka yang mampu mengendalikan nafsu. Segalanya ini menjadi perisai bagi dirinya untuk menghadapi godaan dari berbagai sudut,
  • Jangan suka merendahkan dan melecehkan orang lain serta mengucapkan sesuatu yang sinis serta mengandungi ejekkan. Walau sehebat mana pun kita janganlah memandang rendah kepada orang yang mungkin tidak sebijak kita.
  • Jangan saling mencelah, menghasut dan mencerca, di kalangan masyarakat kita sekarang ada golongan yang merasa bangga dan amat suka mengaibkan orang yang tidak sekupu dan tidak disukainya, seolah-olah mereka melupakan ingatan Rasulullah saw dalam hadis baginda yang (mafhumnya): Barangsiapa yang menutup keaiban saudaranya dalam kehidupan di dunia ini, maka Allah akan menutup keaibannya dalam kehidupannya di akhirat.
  • Tidak juga dinafikan terdapat juga di kalangan bangsa kita kini (telah menjadi budaya ?) amat suka menggelarkan sesaorang yang tidak disukainya dengan gelaran yang menyakiti hati orang yang bersangkutan.
  • Puasa yang sempurna, yakni telah mencapai tingkat puasa yang sebenarnya berupaya mengubah kebiasaan-kebiasaan yang kurang baik dalam kehidupan sehariannya
  • berhati-hati dalam segala tindakan, terutama dalam pertuturan dari lidah yang tidak bertulang. Hindari dari kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain, seperi menyindir, tahan hati supaya tidak berhasad dengki, apa lagi menuturkan kata-kata yang jijik didengar seperti berdusta, memfitnah, mengumpat, mencarut, mengadu-dumba dan sebagainya. Sabda Rasulullah saw (mafhumnya): Tidak akan masuk syurga orang yang mengadu domba. - Riwayat Bohari dan Muslim.
  • Berpuaslah dengan ertikata sebenar-benarnya, jauhi perbuatan yang tidak baik. Berpuasa tidak hanya dari menahan makan minum semata-mata. Jika kita tidak dapat menghayati puasa seperti yang dituntut iaitu menahan diri dari segala godaan syaitan, membersihkan hati dengan dendam kesumat yang tidak berkesudahan, ia adalah amat merugikan kita, kerana puasa yang demikin sifatnya ini menjadi kesukaan syaitan kerana balasan yang mungkin diterima hanya lapar dan dahaga sahaja, sabda Rasulullah saw yang memberi erti: Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak beroleh apa-apa dari puasanya selain dari lapar dan dahaga, dan berapa orang yang bangun solat malam, tetapi tidak beroleh apa-apa dari solatnya selain hanya berjaga malam.
Jangan dipersia-siakan kurniaan Allah untuk mendapat pahala yang berganda-ganda seperti yang dijanjikanNya oleh sifat kita yang merugikan.
Jangan kita menjadi seorang yang 'ahmak'
Bagi kesempurnaan yang lebih bererti di sepanjang kita menjalankan ibadat berpuasa di bulan yang penuh dengan beberapa kelebihannya ini amatlah moleknya kita amalkan tuntutan-tuntutan dengan ibadat ini, iaitu:
  • Makan sahur - guna menguatkan diri menghadapi puasa, Rasulullah saw bersabda yang (maksudnya): makan sahur itu ada berkatnya, dan sabda baginda lagi. Bantulah puasamu di siang hari itu dengan makan sahur dan solat malam dengan tidur siang.
  • Berbukalah dengan tiga biji tamar dan minumlah segelas air dan dianjurkan pula waktu berbuka itu supaya memanjatkan doa, dengan ucapan : Ya Allah untuk Engkaulah kami berpuasa dan dengan rezeki yang Engkau berikan kami berbuka.
  • Makan secukupnya sahaja, kerana menurut Rasulullah saw: orang yang makan tiada hadnya adalah kebiasaan paling buruk dan sabda baginda lagi: Mengurangkan makan adalah sesuatu ubat yang paling mujarab.
  • Saling menghubungkan silatulrahim dan mengeratkan persaudaraan
  • Melakukan solat tarawieh
  • Mempelajari dan membaca Al quran dengan sebanyak-banyaknya
  • Memperbanyakkan sedekah dan
  • Adalah lebih baik diam dari memperkatakan sesuatu yang belum tentu sah kebenarannya.

Wednesday, July 22, 2009

SESAT

KENAPAKAH ajaran-ajaran sesat silih berganti munculnya di negara ini. Agama Islam yang suci murni telah diseleweng dengan dashyatnya mengikut citarasa sesaorang "pengembangnya"
segelintir orang Islam yang sangat tipis imannya, atau kefahaman agamanya cetek, amat mudah terpengaruh dan secara tidak sedar mudah terperangkap dan juga tidak keterlalauan jika dikategorikan sebenarnya mereka mulanya secara suka-suka atau terikut-ikut mendekati ajaran ini.
Secara tidak sedar, sedikit demi sedikit mereka telah terkeluar dari landasan aqidah yang sebenarnya, akhirnya mereka terus-menerus tersesat. Mereka tidak sedar mereka telah disesatkan oleh apa yang mereka panggil "tuan guru", "bapa" atau "ustaz" atau apa saja yang lunak bunyinya.
Walaupun perkara ini disedari oleh sesaorang "guru" bahawa ajarannya telah jauhan terpesong, tetapi demi memikirkan kepentingan atau keuntungan diri mereka, maka adalah lebih baik membiarkan pengikutnya terus tersesat. Sesaorang pengikut yang terlalu taksub kepada gurunya adalah lebih melampau atau ekstrim.
Seperti yang kita ketahui beberapa ajaran sesat yang akidahnya terang-terang menyeleweng sentiasa saja muncul dan timbul di sana sini. Ajaran tersebut berbeza antara satu dengan yang lain. Jika kita renungkan dengan fikiran yang waras nescaya dapatlah kita satu jawapan yang nyata, semua ajaran yang menyesatkan sahih terkeluar dan bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. Ajaran-ajaran yang menyeleweng ini ternyata sekali memesongkan aqidah. Ajaran ini terbukti penuh dengan kepalsuan dan kebatilan.
Batil atau palsu adalah sesuatu yang salah tidak sah serta terkeluar dari garis kebenaran yang terlarang dan haram mengikut hukum agama. Ingatlah firman Allah yang mafhumnya, "Demikian pula bahaswa Allah itu benar dan sesungghunya apa yang mereka seru selain dari Allah itu palsu" - Al Haj ayat 62 dan Lokman ayat 30.
Yang nyata agama Islam itu adalah satu-saunya agama yang diredai Allah seperti mafhum firmanNya, "Sesungguhnya agama(yang diredai) di sisi Allah hanya agama Islam".
Sebagai contoh, pada lazimnya falsafah seni mempertahankan diri yang bersifat kebatinan tidak kira apa pun namanya, diwujudkan semata-mata untuk digunakan menjaga maruah dan mempertahankan diri, jauh sekali untuk mempamirkan kejaguhan, memperagakan kekuatan, apalagi untuk bergaduh, malah dilarang samasekali untuk berbangga dan takbur. Bukankah tujuan utamanya bagi mempamirkan sifat-sifat terpuji dan sebaliknya menghindarkan semua perkara keji.
Jika kita yang dewasa masih ingat peristiwa pada tahun 1980, bagaimana sekumpulan anjaran sesat telah menyerang Balai Polis Batu Pahat, Johor. Dalam tragedi berdarah itu lapan orang dari pengamal ajaran sesat dan empat orang anggota polias telah terkorban dengan sia-sia.
Pada tahun 1985 kita telah digemparkan dengan peristiwa "Mamali" yang mana seorang guru yang dikenali sebagai "Ibrahim Libya" telah mempengaruhi pengikut-pengikutnya menentang kerajaan.
Dan masih segar dalam ingatan kita pada bulan Julai 2000 kita juga amat terperanjat dengan peristewa Al Ma'unah yang diketuai oleh Mohd. Amin bin Razali. Kumpulan ini telah bertindak lebih ganas.
Dan yang paling menyedihkan kita bagaimana seorang yang kolot seperti "Ayah Pin" dapat menarik orang yang waras ke dalam ajaran sesatnya,
Sungguhpun peristiwa-peristiwa ngeri ini telah menjadi sejarah hitam kepada Negara, namun kita tetap mengigati dan mengutipnya untuk dijadikan pengajaran yang berguna. Begitu mudah mereka bertindak sebagai ketua, memperdaya dan memesongkan pengikut-pengikutnya yang bebal. Seharusnyalah kita mengambil iktibar dari kejadian-kejadian yang telah mencemarkan Negara dan kesucian agama Islam yang mulia ini.
Sesungguhnya kita berasa hairan, sejak akhir-akhir ini sebilangan daripada kita yang professional dan intelektual dengan tahap pendidikan yang tinggi dengan mudah dapat diperdaya oleh gulungan yang rendah tahap pelajaranya. Mereka seolah-olah tidak berdaya dan berkeupayaan untuk berfikir dengan rasional. Tidakkah mereka terfikir, wajarkah seorang penjenayah dan pembunuh mengajar sesuatu kepercayaan yang jelas karut serta merosakkan agama dipanggil ustaz. Adakah apabila seseorang itu telah berserban dan berjubah ianya sudah cukup layak untuk diberi gelaran "Ustaz" atau "Ulama" tidakkah gelaran ini cukup mulia disisi islam. Patutkah orang-orang seperti ini diagungkan?, hinggakan kata-kata serta tindak-tanduknya tidak perlu difikirkan benar salahnya?.
Akhirnya hayatilah hadis Rasulullah s.a.w yang mafhumnya, "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknat oleh Allah. " Para sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah apakah tujuh perkara itu? Rasulullah menjawab, Mensyirikan Allah iaitu menyengtukan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran, menfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasulnya dengan fitnah melakukan perbuatan zina.
Kita semua perlu bertindak sebelum segalanya menjadi tidak terkawal. Kepada pengikut-pengikut yang telah tersalah langkah undurlah, jika telah terseset di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan penerima taubat.

Monday, March 30, 2009

MEMBACA -MENINGKATKAN PENGETAHUAN

NYATALAH, membaca akan memperkayakan maklumat, memantapkan fikiran dan mendewasakan tindakan. Mereka yang suka dan banyak membaca tentulah beroleh banyak maklumat, ideanya selalu bernas dan tindakanya mantap dan kemas. Membaca juga boleh mebebaskan minda, membina sifat positif, terbuka dan lapang dada, boleh menerima teguran, mudah diajak berbincang ke arah kebaikan, tegasnya mereka yang banyak membaca tentunya berjiwa besar, biasanya mampu menyumbang sesuatu yang bernas dan berguna kepada masyarakat mungkin juga berguna kepada negara.

Bukankah sejarah perkembangan tamadun Islam bermula dengan cetusan yang bagitu unik, "Iqrak" - bacalah!, itulah cetusan awal wahyu pertama yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada pesuruhnya yang Agong, Mohammad SAW, agar disuburkan di kalangan umatnya budaya membaca.

Ketika bangsa-bangasa lainya sezaman dengannya rata-rata masih teraba-raba untuk mengenal
huruf dan tulisan, Allah telah memperkenalkan kepada umat Islam budaya membaca. Di kala pena dan tinta terlalu asing bagi mereka. Allah telah memerintahkan kepada umat Islam menggunakan qalam. lebih jauh lagi di kala dunia masih buta tentang sains dan perubatan Allah memperkenalkan kita ilmu bailogi tentang proses kejadian manusia, pengetahuan ini terkandung dalam wahyu pertama yang rengkas namun cukup kemas. Allah berfirman, (Maksudnya):

Bacalah (wahai Mohammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang amat pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. -Al Alaq 1 - 5

Peristiwa gempar di gua Hiraq ini memberi pengajaran yang besar untuk dijadikan iktibar, Allah Maha mengetahui dan Jibril juga tahu bahawa Mohammad itu seorang yang 'ummi' tidak tahu membaca dan menulis, "saya tidak tahun membaca" jawab baginda apabila disuruh membaca oleh Jibril. Namun tidak tahu bukan alasan untuk terus tinggal beku, tidak berdaya bukan jawapan untuk terus tidak mencuba

Berkali-kali Jibril memeluk baginda memasukkan keberanian, keyakinan dan dorongan, setelah kali ketiga akhirnya baginda berjaya. Ternyata bahawa bimbingan dan dorongan bagitu penting dalam pembudayaan "Iqrak" dapatlah kita fahami bahawa galakkan dan rangsangan adalah perlu dalam apa saja pembelajaran

Kecemerlangan peradapan tamadun ilmu adalah kesan lansung dari budaya iqrak ini.

Benarlah janaji Allah bahawa orang yang berilmu samada ilmu duniawi atau ukhrawi, fardu ain atau fardu kifayah tetap teristimewa dan berbeza daripada yang lain-lain sebagaimana firman Allah, (maksudnya):

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan juga orang-orang yang dikurniakan pengetahuan dengan kelebihan beberapa darjat. - Al Mujaadalah ayat 11.

Kita perlu hidup suburkan budaya membaca di semua peringkat terutama di peringkat rumahtangga, ibu bapa mesti menjadi penggerak dan contoh supaya senang diikuti oleh ahli keluarga. Buang anggapan budaya membaca adalah satu proses yang membebankan.

Wujudkan perpustakaan mini di rumah dan belikan buku-buku bermutu untuk bacaan dan rujukan, jangan merasa rugi atau teragak-agak untuk membeli bahan-bahan bacaan dengan alasan mahal.
Jika kita kurang mampu membeli buku-buku, bawalah keluarga ke perpustakaan awam, expo dan atau pamiran buku seumpamanya supaya suasana bagini dapat mendorong dan menyuntik semangat gemar mebaca. Untuk itu perlulah diperbanyakkan perpustakaan awam, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak, masjid juga patut mempunyai perpustakaan sendiri, bagi menyuburkan budaya membaca ini di kalanagan ahli jemaah dan masyarakat sekitar. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah SAW kepada kita sepanjang zaman sejak arahan pertama aginda terima agar menyuburkan budaya ilmu dan budaya membaca sebagaimana sabda bagainada, (Maksudnya):
Menuntut ilmu itu aalah satu kewajipan ke atas setiap Muslim.
Marilah kita kembali kepada seruan Allah dengan memperteguhkan iman dan memperkokohkan jati diri sebagai Muslim sejati. Satu-satunya cara untuk membina diri dan membentuk identiti ialah dengan memperkayakan ilmu, mereka yang kaya dengan ilmu, mampu menepis dan memilih perkara-perkara yang bermanfaat dan mampu menangkis unsur-unsur yang negetif. Satu-satunya jalan bagi mendapatkan ilmu yanga berguna dan membina ialah dengan banyak membaca, membaca dari sumber-sumber yang benar dan sahih. Marilah kita menghidupkan kembali tamadun iqrak, budaya membaca telah diajarkan oleh Rasulullah SAW, mudah-mudahan dengan kekuatan ilmu kita dapat mencipta kecemerlangan dan mempertabatkan umat ke mercu kejayaan di samping itu mampu pula bersaing di era globalisasi di alap mendatang yanga cukup mencabar, semuga kita semua tergulung sebagai "khairul ummah" - sebaik-baik ummah.
Nota kaki: Rupa-rupanya orang kita (maksudnya datuk nenek kita) telah terlebih dahulu sedar betapa perlunya membaca bagi mendapat ilmu seperti yang diharapakan dalam dendangan kepada anak-anaknya:
Timang tinggi-tinggi, sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi, sudah pandaai baca kitab
Sedarlah kita bahawa lagi banyak kita membaca dan mendapat pengetahuan darinya selagi itulah kita sedar dari keegoan kita, bahawa selama ini kita sebenarnya jahil dalam banyak hal, kerana banyak yang kita tidak tahu selama ini, tetapi kini setelah kita mendalami dari bahan-bahan bacaan barulah kita sedar di mana kita sebenarnya. Dari itu teruskan membaca.

Sunday, February 22, 2009

UCAPKANLAH SALAM

Al Imam Ghazali pernah berkata, maksudnya: "Agama Islam itu agama berkasih sayang sesama manusia dan beribadat kepada Allah" Ini adalah rahsia kekuatan umat Islam di zaman jayanya. Hari ini keadaan itu telah jauh berubah, kasih sayang antara kita sesama Islam tidak berapa rapat atau semakin renggang, perpaduan antara kita tidak bagitu erat, akibatnya kedudukkan kita dalam semua segi menjadi lemah , sedangkan perkara ini amat penting kita hidupkan kembali kerana kiranya benar-benar umat Islam ingin bangkit dan hidup mulia di antara umat-umat lain di dunia.
Bukankah Nabi kita telah bersabda, maksudnya: Kamu tidak akan masuk syurgasehingga kamu telah beriman, dan kamu belum sempurna beriman sehingga kamu berkasih sayang antara kamu. Tidakkah telah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu perkara apabila kamu amalkan dia nescaya kamu akan kasih sayang sesama kamu, iaitu menyebarkan salam antara kamu.
Alangkah sucinya hadis ini, dan alangkah besar ertinya bagi kita bagi kita kaum muslimin yang sedang diserang penyakit demam berpecah-belah. Marilah kita hidupkan semula amanah Rasulullah saw, moga-moga dengannya kita dapat merasa kemanisan persaudaraan dan kasih sayang sesama kita, manakala rasa kasih sayang itu telah meresap disanubari kita, akan lenyaplah rasa hasad, dengki, dendam, khianat, takbur dan sifat-sifat yang mementingkan diri sendiri.
Demikianlah Rasulullah saw telah menunjukkan kepada kita jalan berkasih sayang iaitu dengan melazimkan memberi salam manakala kita bertemu antara satu dengan lain, ucapkan salam "Assalamualaikum" manakala kita bertemu saudara-saudara kita itu, siang atau malam di jalan atau dirumah, di mana-mana sahaja.
Bagi pihak yang menerima salam itu itu pula diwajibkan menjawab, oleh itu jawablah dengan yang lebih baik umpamanya, "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Janganlah hendaknya ada diantara kita yang bersaudara merasa sombong kerana kebesaran darjat, berlainan fahaman politik, pangkat atau kekayaan harta hinga tak sudi menjawab salam saudaranya, ini bukanlah sifat orang Islam sejati, bahkan itulah sifat orang munafik. Allah sangat benci kepada orang yang takbur sombong.
Dalam hal kesombongan ini Allah telah berfirma, maksudnya, "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau brjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri" (suarh Lokman ayat 18)
Jika kita sedang berjalan, kitalah sepatutnya mendahului memberi salam kepada mereka yang duduk, anak-anak patut mendahului memberi salam kepada ibu bapanya, murid-murid patut mendahului salamnya kepada gurunya, orang-orang muda patut mendahulukan salamnya kepada yang lebih tua, dan sambutlah salam itu dengan bersungguh-sungguh, seta hulurkan tangan untuk berjabat tangan, lakukan dengan ikhlas hingga dirasakan benar-benar sahdu dan kesannya benar-benar menusuk kalbu, dan akhirnya terjalinlah kasih sayang.

Pada akhir-akhir ini rasa kasih sayang antara umat Islam banyak berasaskan kepada persamaan Muslihat dan faedah tidak banyak diasaskan di atas rasa persaudaraan yang luhur dan sejati.. pada lahirnya kita bersatu, tetapi kita tetap kalah dalam medan-medan perjuangan hidup, dalam bidang pelajaran, ekonomi dan sebagainya, hingga mana-mana umat Islam seluruhnya dianggap sepi sahaja oleh orang-orang yang bukan Islam di tanah airnya kerana orang-orang yang bukan Islam tahu bahawa kita mudah berpaecah-belah dan mudah dipecah - belahkan dan mereka juga tahu kita tidak bersatu padu.

Saidina Abdullah bin Amru meriwayatkan,” Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah saw dengan katanya, (maksudnya), “Apakah Islam yang lebih baik wahai Rasulullah? Sabda baginda, (maksudnya), “Amalan yang baik itu ialah menjamu makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal atau tidak kenal”.

-Bersatu teguh bercerai roboh, muafakat membawa berkat, bersengketa membawa mudarat.

Sunday, February 15, 2009

GEJALA SOSIAL - puncanya di mana?

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia juga tidak terlepas dari masalah sosial, sejak akhir-akhir ini masalah sosial di negara ini amat kritikal. Antara sebab utamanya adalah kerana penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar, peningkatan penduduk bandar, kelemahan perancangan bandar, pembentukkan kawasan melarat, kemerusutan kualiti hidup, tekanan hidup dan sebagainya itu menyebabkan masalah sosial di bandar metropoliten ini semakin kompleks.
Penghijarahan penduduk daripada luar bandar ke bandar adalah satu fenomena yang bekaitan dengan ketidak seimbangan dan masalah kemiskinan luar bandar. Bandar pada ingatan mereka di gambarkan sebagai tempat yang lebih baik bagi mencapai impian anak-anak muda untuk menapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik, sekaligus membebaskan diri mereka daripada kongkongan dan belenggu kemiskinan dan kemudaratan di luar bandar. Malangnya disebabkan kelemahan yanag dihadapi seprti taraf pendidikan yang lemah, tidak mempunyai kemahiran dan lain-lain kelemahan yang tidak sesuai dengan kehidupan bandar, menyebabkan gulungan ini menjadi punca kepada berlakunya berbagai masalah sosial di bandar.
Banyak gejala buruk dan songsang berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti: sambutan hari kekasih (valentine's day) - pada 14 Februari setiap tahun. Budaya ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana hubungan mesra pasangan kekasih tanpa ikatan perkahwinan. Gejala buruk juga mempenngaruhi anak-anak gulungan kelas bawahan seperti merokok, mencuri, menagih dadah, vandalisme, ponteng sekolah, gengsterisme, keciciran sekolah dan berbagai-bagai lagi.
Selain keluarga miskin, masyarakat bandar juga berhadapan dengan keluarga yang tempang. Berita-berita buruk tentang bangsa kita makin panas tersiar di akhbar, ada berita ibu bapa kehilangan anak gadis dan berita-berita khalwat dan rogol saban hari menghiasi dada-dada akhbar. Bagitu juga berita meningkatnya perceraian, kematian suami atau isteri, 'kehilangan' suami atau isteri ditambah dengan wanita yang tidak berkahwin tetapi mempunyai anak-anak yang tidak cukup syarat atau dalam bahasa kasarnya 'anak gampang' hasil hubungan dengan pasangan atau teman lelaki yang mengamalkan kebebasan seks tanpa perkahwinan.
Masalah sosial yang ditimbulkan oleh gululngan belia di bandar-bandar amat kritikal, tingkah laku buruk seperti kutu rayau, mengusik dan menggangu wanita, berpeleseren, melepak di pusat-pusat membeli belah, merosakkan harta awam adalah ciri-ciri kelemahan mereka dari segi disiplin, tidak bertanggungjawab dan tidak langsung menghormati orang lain samada tua muda.
Bagitu juga dengan kegiatan perlumbaan haram motosikal atau kereta yang melibatakan gulungan muda (Melayu tentunya) adalah satu masalah sosial yang serious. Jika gejala sosial dan jenayah ini dibiarkan berleluasa ianya akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.
Anasir-anasir tidak sihat ini menyelinap masuk ke pemikiran belia-belia Islam, sekaligus mempengaruhi gaya hidup mereka. Ia lebh ketara melanda gulungan muda mudi yang lemah imannya sehingga mereka sanggup mengabaikan tuntutan agama dan menjauhkan diri dari ajaran Islam, akhirnya, mereka hanyut dengan budaya yang merugikan dan meminggirkan nilai-nilai akhlak Islam yang lohor, hilang pedoman dan semakin jauh dari hidayah Allah SWT
Bukankah Allah telah mengingatkan kita semua seperti dalam firmanNya (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam secara menyeluruh, janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya ia (syaitan itu) bagimu adalah musuh yang jelas nyata. (Al-Baqarah 208).
KESIMPULANNYA: Kita sewajarnya sedar bahawa dasar ekonomi baru (DEB) diujudkan antara tujuan utamanya ialah: Untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Setakat mana kita telah mencapai matlamat DEB itu?
Yang nyata kita masih di takuk lama, malah kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain (dari segala bidang). Amat jauh.

Sunday, February 8, 2009

RASUAH

RASUAH

RASUAH – seperti barah, barah jika tidak diubati di peringkat awal akan merebak dan memusnahkan kehidupan, begitulah bahayanya rasuah bagi sebuah kehidupan dan juga bagi sebuah Negara.

Kenapa tidak? Rasuah boleh menutup mulut manusia dari berkata-kata benar, rasuah boleh menutup meriam dari menentang musuhnya. Di sebalik itu, rasuah boleh menggali lubang-lubang bahaya. Rasuah boleh membenarkan sesuatu yang salah, dan menyalahkan sesuatu yang benar.
Rasuah boleh membeli kasih sayang. Rasuah boleh mengotorkan jiwa orang yang bersih, rasuah juga boleh membuka pintu-pintu rahsia dan boleh menggali lubang-lubang bahaya. Rasuah boleh memalingkan orang yang ikhlas menjadi khianat, menukarkan pahlawan menjadi penakut dan akhirnya menyebabkan kubu-kubu dan benteng-benteng kukuh tidak berguna dan tentera yang banyak tidak bererti. Dari sebab itulah Rasulullah s.a.w. bersabda, (Maksudnya): “Tuhan melaknat pemberi rasuah dan penerimanya”
Jika kita telah mengetahui rasuah itu adalah suatu penyakit yang akan membawa keruntuhan masyarakat dan negara, kita sebagai orang yang sihat tentu tidak mahu melihat peyakit ini menular memusnahkan kita dan keturunan kita, seterusnya melemahkan Negara.
Sebenarnya ia merugikan, memalukan dan amat menjijikkan.
Apa yang nyata, ia menguntungkan (untung yang sementara) segelintir manusia yang lapar, lahab dan rakus yang berfikiran wang adalah segala-galanya. Hilang harga diri kerana mengejar daki dunia ini.
Mereka yang menabur wang bagi mendapatkan kedudukan, jika mereka ini beroleh kemenangan, patut merasa malu kepada diri sendiri. Kemenangan itu bukan kerana kewibawaan, ia adalah kemenangan yang dibeli dan bukan dipilih kerana ketokohan.
Perbuatan ini (pemberi dan penerima) amat ditegah dalam Islam.
Rasuah bukan hanya berbentuk wang ringgit sahaja, tetapi menyogokkan wanita juga adalah satu bentuk rasuah yang amat hina.
Rasuah amat berbahaya, faedahnya cuma kembali kepada mereka yang memberi dan menerimanya sahaja, sedangkan bahayanya apabila sudah membesar akan melibatkan seluruh bangsa dan negara.
Rasuah yang merebak dalam kehidupan masyarakat meninggalkan padah dan gejala yang sangat buruk dan negatif. Ia dapat memutar belitkan kebenaran, malah kebatilan dapat menjadi kenyataan, serta ia meracuni nilai akhlak yang mulia.
Meskipun rasuah belum ditemui titik noktahnya, namun ia bukan lah satu mistik di alam misteri. Sesungguhnya barah sosial ini wajib dibanterasi, kerana ia mengundang akibat yang sangat kompleks dalam kehidupan masyarakat samada di dunia mahupun di akhirat. Malah sejarah telah membuktikan bahawa gejala rasuah boleh merugikan negara dan negara akan jatuh muflis sekiranya gejala buruk ini tidak dibanteras hingga ke akar umbinya.
Mungkinkah penyakit ini dapat dikikis dalam UMNO? Kita patut sedar akan hakikat rasuah ini. Jangan kita fokuskan rasuah kepada UMNO semata-mata, kerana rasuah ada di mana-mana yang dilakukan oleh segelintir kakitangan yang tidak amanah seperti di Bandaraya, di majlis-majlis tempatan, di pejabat-pejabat kerajaan seperti di pejabat tanah, di JPJ, puspakom dan juga Polis (setakat menyebut satu dua contoh sahaja). Umum mengetahui semua ini. Rasuah boleh terjadi di mana-mana sahaja. Jika yang memberi dan yang menerima mempunyai kesedaran, ia tidak mustahil dapat dikikis dan dibersihkan puncanya. Apa yang pasti, mereka yang terlibat (pemberi dan penerima) patut merasa malu. Malu pada diri sendiri dan malu kepada Tuhan yang sentiasa memerhati.
Perangai rasuah (untuk memerangi sediakan senjata yang setanding dengan kekuatannya, jangan sebutkan sahaja ‘perangai’ tetapi senjatanya tiada yang menggerunkan musuh). Tanamkan kebencian pada rasuah, bersihkan darah daging anda dari unsur rasuah dan hiduplah tanpa rasuah.

Saturday, January 31, 2009

ANUGERAH CEMERLANG

ANUGERAH memberi erti pemberian, ianya lebih bererti dan lebih hebat bunyinya apabila kita gunakan 'anugerah' bukan pemberian. Anugerah adalah satu pemberian yang sangat bermakna bagi seseorang pelajar, ia akan menjadi sejarah dan akan dikenang-kenang sampai bila-bila.
Cemerlang atau dalam bahasa Inggerisnya 'excelent', excelent pula memberi erti kehebatan atau keunggulan, jadi tak syak lagi anugerah dikurniakan kepada mereka yang unggul atau hebat.
Kepada anak-anak yang menerima anugerah pada tahun-tahun yang lalu dan akan datang diucapkan syabas dan teruskan kecemerlangan anda. Kepada mereka yang belum lagi mendapat anugerah ini, jangan merasa jauh hati atau putus asa, kerana masih banyak masa lagi untuk mengondol beberapa anugerah.
Tahukah pelajar-pelajar, anugrah cemerlang dalam pelajaran hanya satu bahagian dari banyak cabang. Untuk menjadi seorang yang cemerlang kita seharusnya mempunyai ciri-ciri lain. Kita seharusnya mempunyai sifat-sifat terpuji yakni bijaksana, tekun, sabar, bertolak ansur, suka membantu, bijak menguruskan masa, bijak mengatur kerja dengan mengikut keutamaan, dan yang paling penting patuhi suruhan Allah SWT, ikuti ajaran Rasulullah SAW, patuh kepada kedua ibu bapa, hormat kepada guru, juga hormat kepada orang-orang lebih tua dan saling hormat menghormati sesama kawan taulan, jangan sekali-kali memiliki dan hendaklah dikikis segala sifat yang keji.
Kita banyak mendengar seseorang yang berjaya dalam pelajaran, ia juga cemerlang dalam sukan dan lain-lain bidang, ini menunjukkan mereka pandai mengatur masa. Masa belajar mestilah tumpukan kepada pelajaran, beri perhatian apa yang diajar guru di dalam kelas, jangan bergurau senda masa guru mengajar. Mereka yang memberi tumpuan seperti ini tak perlu lagi pergi ke kelas tusyen. Oleh itu bila dalam kelas belajar bersungguh-sungguh.
Cuba kita hayati bagaimana seseorang pelajar mengondol beberapa hadiah dan beroleh kejayaan yang amat membanggakan dalam satu-satu ujian atau peperiksaan, bila di ajukan pertanyaan apakah rahsia kejayaan mereka yang berjaya memprolehi 8,9,10 A dan sebagainya dalam pelajaran memberikan jawapan yang sama: memeberi tumpuan sepenunya kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru, mempunyai jadual ulangkaji pelajaran beberapa jam di rumah yang rutin dan konsisten, belajar secara berkumpulan bersama-sama kawan-kawan dan bertanya kepada guru sekiranya kurang/tidak faham. Mana-mana pelajar yang lalai dan tidak bersedia untuk menghadapi ujian/peperiksaan, mereka tidak akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Belajar atau mengulang kaji di saat akhir biasanya tidak akan menjadi pelajar contoh. Nasib?, mereka yang malas dan banyak alasan selalu berharap kepada nasib, sebenarnya mengharapkan kepada nasib tidak menjanjikan apa-apa.
Hayatilah baik-baik firman Allah ini (Mahfumnya): Dan Allah mengeluarkan dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur
- An-Nahl ayah 78.
Ini bermakna masa kita dilahirkan sama saja, tetapi yang membezakan adalah pendidikan dan asuhan. Pendidikan dunia dan akhirat di samping asuhan jasmani dan rohani yang sekata berupaya membentuk seseorang menjadi apa yang dicita-citakan.
Ilmu sangat mustahak dan perlu dipelajari oleh setiap insan kerana tanpa ilmu walau sehebat mana pun sesuatu bangsa itu tetap akan dipandang rendah kerana kejahilannya. Bangsa yang maju adalah bangsa yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan mempunyai pelbagai kepakaran akan mendapat ketinggian darjat di sisi Allah seperti yang dijanjikan dalam firmanNya:
Maksudnya: Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan bagitu juga orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan beberpa darjat.- surah Al Mujadilah ayat 11.
Justru itu ibu bapa adalah tonggak bagi sesebuah keluarga, masyarakat dan negara, peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam pembentukkan sesebuat keluarga yang cemerlang adalah sangat penting sekali, asuhan dan didikan keagamaan di samping didikan akedamik yang diberikan oleh ibu bapa merupakan benteng utama dalam menghalang anak-anak daripada tercebur ke lembah yang ditegah oleh syariat Islam seperti menghisap/penagih dadah, menjadi mat rempit dan lain-lain kegiatan yang amat dilarang dan sangat merugikan ibu bapa, masyarakat, bangsa, agama dan juga negara.
Harapan kita kepada anak-anak yang telah menerima kurniaan/anugerah dan yang akan menerima simpanlah tekad di hati untuk meneruskan kecemerlangan. Kita ingin melihat satu hari nanti akan lahir anak-anak yang akan menjadi pakar dalam bidang-bidang yang mereka idamkan seperti menjadi angkasawan, doktor, jurutera, pakar ekonomi sekaligus hafiz al-Quran. Ertinya cemerlang dalam akademik, cemerlang juga dalam agama atau dengan makna lain cemerlang di dunia dan cemerlang juga di akhirat - hasanah di dunia dan hasanah di akhirat- pendek kata untung di dunia tak rugi di akhirat, "dunia dijunjung dan akhirat dijenjeng" inilah cita-cita kerajaan sekarang. Insya-Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
KESIMPULANNYA: Untuk itu para pelajar perlulah bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan terutama ilmu-ilmu berkaitan semasa di dunia seiring dengan ilmu pengetahuan untuk menghadapi alam yang kekal di akhirat kelak. Remaja/pelajar perlu meletakkan tanggungjawab menuntut ilmu sebagai satu agenda yang pertama dan utama. Anda semua seharusnya membelakangkan perkara-perkara yang tidak menguntungkan . Anda perlulah menumpukan sepenuh masa kepada pembentukkan insan yang cemerlang. Masa persekolahan anda adalah zaman yang paling bernilai dan amat penting di mana peluang ini akan berlaku sekali sahaja dalam usia seorang makhluk bernama manusia. sekali lagi ditekankan"Berharap kepada nasib semata-mata tidak menjanjikan apa-apa. Bukankah usaha itu tangga kejayaan.

Tuesday, January 27, 2009

GAJALA SOSIAL - Sambungan

Akhirnya......
Pembangunan menjadi pesat
Kemajuan pun meningkat
Tercapailah hasrat dan matlamat

Tapi.....tunggu & lihat.......
Pabila bangunan naik beratus tingkat
Semua orang berdiri tercegat,sampai leher tergeliat
Di celah-celah itu,tengok pula tempat-tempat maksiat
Tumbuh bagaikan kulat
Kalau tak tahan iman boleh terangkat

Manusia ada jadi lalat ada jadi ulat
Sembahyang makin hari, makin liat
Orang yang baik bertukar jadi jahat
Orang miskin nak kaya cepat
Orang tua nak mati lambat
Apa lagi pakat lawan cari ubat
Tak cukup madu, telan air gamat
Tak cukup kayu telan tongkat

Hak jantan pakai seluar ketat
Pakai baju nampak pusat
Kasut tak Ikat
Rambut tak sikat

Yang permpuan lagi hebat
Pakai skirt cukup singkat
Pakai baju terlalu sendat
Sampai nampak yang tersirat
Ada yang bujur ada yang bulat
Siapa tengok pasti tercegat
Silap gaya jadi gawat

Bohsia bohjan lagi ligat
Dok jauh kirim surat
Bila jumpa tangan berjabat
Lepas itu pakat peluk erat-erat
Sampai nafas tersekat-sekat

Kata diucap janji diikat
Usah bimbang pencegah maksiat
Usah peduli agama dan adat
Usah takut Allah dan Malaikat
Yang penting, apa kita nak, kita buat

Akhirnya perut kempis dan jadi bulat
Lahirlah anak-anak tak cukup sifat
Dibuang merata tempat
Masa itu iblis terus melompat
Kerana manusia dah masuk Jerat
Habis manusia jadi tersesat

Aduhai kawan dan sahabat
Marilah kita pakat beringat
Dunia makin hari makin singkat
Bangun tidur tak dan nak mengeliat
Esok lusa mungkin kiamat

Sampai masa kita pasti akan berangkat
Menuju ke alam akhirat
Di sana kita akan ditanya soalan empat
Tentang umur, banyak mana buat ibadat ?
Tentang zaman muda, apa yang anda buat ?
Tentang harta, daripada mana anda dapat ?
Tentang ilmu adakah dimanfaat ?

Bagi menangani fenomena gejala sosial di kalangan masyarakat (tentunya dari masyarakat Melayu - Islam), kerajaan, pihak berwajib, pemimpin masyarakat, guru dan pensyarah, ibu bapa dan setiap individu perlu memainkan peranan untuk menangani permasalahan ini.
Nilai dan budaya Muslim dicemari oleh arus kecanggihan teknologi terutamanya melalui media elektronik, computer dan media cetak. Institusi keluarga dicemari oleh sikap ibu bapa itu sendiri yang meletakkan nilai material melebihi segala-galanya. Budi bahasa kita semakin lama semakin terhakis, hancur dan dek kerana nilai dalam budaya Barat lebih diagung-agungkan. Warga tua semakin diabaikan, rumah orang-orang tuan semakin sesak
Anak-anak kita bukan saja pandai bergaul bebas, berbohsia dan berbohjan, malah sudah pandai membuang anak seperti membuang banagkai anak kucing kurap, anak berumur 12 tahun sudah gairah memperkosa. Kehamilan remaja tidak berkahwin semakin menjadi-jadi. Kita kehilanagan jati diri, kerana tidak emempunyai akar yang kokoh. Kes-kes juvina semakin meningkat, kes-kes sumbang mahram juga terus meningkat.
Hiburan bersepah-sepah. Masalah-masalah penagihan dadah, pengambilan arak, perjudian, lari dari rumah (berapa ramaikah anak gadis kita yang lari mengikut jantan ke negara seberang?) berlepak dan masalah sosial lain sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita.
Semua masalah yang berkaitan dengan sek, seperti: rogol, zina, sumbang muhram, perkosaan, pencabulan dan sebagainya akan dapat dibendung atau sekurang-kurangnya dikurangkan sekiranya kita tahu punca berlakunya sedemikian daripada akar umbinya, kerapuhan dan keruntuhan institusi kekeluargaan banyak menyumbang kepada kejadian gejala sisial yang berlaku, 'hambatan' dan tumpuan kepada materialstik hingga mengabaikan perhatian, kawalan, pemantauan dan pendidikan terhadap anak-anak kerap menyumbang kepada meningkatnya gajala sosial di kalangan remaja. Keretakan hubungan suami isteri dan keranggangan ibu bapa dengan anak-anak juga turut menyumbang kepda peningkatan jumlah remaja yang terlibat dengan gejala-gejala negatif.
Perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang harus diteliti dan dipermantapkan semula. Agensi-agensi yang terlibat dengan aspek perlaksanaan, penguatkuasaan dan pemantaauan harus memainkan peranan yang proaktif dan berterusan. Tindakan penguatkuasaan yang bermusim atau mengikut kemunculan isu tidak dapat memberi kesan yang positif. Apa yang perlu ialah tindakan pencegahan dan penguatkuasaan yang berterusan dan jangkaan masalah dan gaja sosial yang akan muncul bersama plan strategik. Dari itu penambahan angota, latihan,kepakaran dan motivasi perlulah dititikberatkan, unsur undang-undang yang bukan sahaja besifat menghukum tetapi juga mendidik dan memberi pengajaran kepada yang lain haruslah dipraktikkan.
Peranannya bukan hanya terletak di bahu guru-guru bahkan haruslah dimainkan secara aktif oleh ibu bapa juga, justru Islam sebagai Addin yang sebenar, manhaj dan system hidup mestilah difahami.
Untuk melakukan usaha pencegahan dan pembenterasan gaja sosial, peranan yangn dimainkan oleh ketua dan kolompok masyarakat adalah di antara perkara utama. Semangat kerjasama dan tolong menolong antara sesama ahli komuniti patut di ujudkan dalam usaha menegakkan kebenaran dan ketaqwaan serta mecegah kemungkaran, rasa, sikap, tindakan dan semangat bertangungjawab bersama dipupuk untuk meujudkan suasana sifar maksiat.

KESIMPULANNYA: Kita perlu waspada dan bersedia menghadapi cabaran era globalisasi. Kita hari ini bukan sahaja bersaing di kalangan lebih 21 juta penduduk Malaysia, tetapi kita juga bersaing dengan 5.3 bilion penduk dunia. Tambahan pula hari ini didapati negara yang kuat sentiasa mengunakan kekuatan mereka untuk mempelekeh dan memperkecilkan negara-negara yangn lemah dan mundur. Sebab itulah kita umat Islam mahukan umat kita menjadi umat yang kuat, gagah an perkasa supaya kita tidak diperkecilkan oleh bangsa-bangsa asing di dunia ini, ini bertepatan sekali kehendak Rasulullah saw seperti sabdanya (mahfumnya): "Orang-orang mukmin yang kuat itu adalah lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah"

Saturday, January 24, 2009

PEMIMPIN - Satu pandangan

Menjadi pemimpin adalah antara yang sangat diminati oleh kebanyakan orang Melayu
Justru orang Melayu terkenal pula dengan sikap melihat orang lain jatuh . kadang-kadang orang yang dijatuhkan itu jauh lebih berwibawa dan unggul dari yang menjatuhkan.
Tidak keterlaluan dikatakan ada penyokong yang bertungkos lumus menaikkan seseorang itu menjadi pemimpin kerana mempunyai agenda tersendiri yang pastinya akan memberi keuntungan yang telah lama dicita-citakan atau diangan-angankan.
Soalnya apabila telah beroleh kuasa atau terpilih menjadi pemimpin bolehkah mereka melaksanakan tugas dan amanah yang dipikulkan di bahu mereka. Berupayakah seorang pemimpin yang 'naik' dengan cara yang kadang-kadang kurang bersih menjalankan tugasnya tanpa menimbulkan rasa kurang senang di pihak yang dikalahkan. Dapatkan pemimpin ini berkhidmat dengan selesa aman dan tiada tekanan atau ugutan. Selalunya dalam timpuh yang terdekat bibit-bibit perpecahan mulai dirasai, akhiirnya kerjasama yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, janji tinggal janji. Semua ini disebabkan yang kalah tidak sanggup menerima kekalaahan. Walaupun pada mulanya nampak antara yang bertanding menyatakan akan patuh pada keputusan dan berikrar akan bercantum semula. Adakah ikrar ini dapat dipatuhi dengan ikhlasnya.

setelah terpilih menjadi pemimpin bolehkah seseorang ketua itu menjalankan kerjanya dengan sempurna sejajar dengan janji-janjinya yang diluahkan semasa tempoh "pertarungan" yang dilaluinya. Bolehkah ianya memenuhkan cita-cita penyokong-penyokong yang bermati menaikkannya. Jika tidak mulalah penyokong meninggalkannya. Tuduh menuduh mula diluahkan, persahabatan dan persafahaman sedikit demi sedikit menjadi renggang dan tidak sehaluan, yang retak akhirnya akan menjadi belah.
Ada pula yang sering kita dengar ketua-ketua atau pemimpin ini tidak mempercayai anggota bawahnya perasaan cemburu mulai menghantui pemikirannya konon, ditakuti orang yang diberi tugas sebagai orang kanannya atau yang diketergorikan sebagai 'orang-orangnya' dikatakan sudah tidak jujur, dan tidak lagi boleh dipercayai.
Jika ini tidak dapat diperbetulkan sudah tentu usaha menjatuhkan pemimpin yang mereka naikkan ini akan berulang. Demikianlah silih berganti, yang menjadi korban ialah kelompok masyarakat yangn mereka wakili.
Jika ini terjadi bagaimanakah hendak meningkatkan mutu kerja serta perancangan masa depan yang lebih teatur samada dalam jangka pendek atau jangka panjang?
Elok kiranya seseorang yang ingin menawarkan dirinya untuk menjadi pemimpin, memikirkan keupayaan diri terlebih dahulu, apakah kita betul-betul ada keupayaan zahir batin dan ingin berkhidmat untuk masyarakat atau semata-mata inginkan kuasa, kerana segelintir orang Melayu amat terkenal dengan jolokkan 'gila kuasa' dan gila 'glamour' supaya diri dihormati dan disanjung. Tidaklah boleh dinafikan sesetengah yang bertanding semata--mata ingin mencuba-cuba nasib atau kata setengah mereka cuma hendak tahu setakat mana sokongan yang mereka perolehi atau kata nakal mereka cuma 'test market'.
Bila telah beroleh kuasa terdengar puloa rungutan dan cemuhan dari masyarakat yang sedang memerhatikan gelagat mereka. Dewasa itu keluarlah kata-kata sindirin"Tidak tahu menggunakan kuasa atau menyeleweng/penyalahgunaan kuasa".
Janji manis yang diluahkan hanya tinggal janji, masaa untuk bersama masyarakat sudah tiada luang lagi dengan alasan, 'terlalu sibuk' 'tidak punya masa' dan lain-lain helah yang longgar dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Dengan erti lain, antara kelemahan orang Melayu ialah gairah memperolehi kuasa tetapi tidak mahu bekerja.
Ciri-ciri pemimpin yang sempurna dan disenangi oleh semua lapisan haruslah ada padanya , sifat-sifat seorang yang jujur, amanah, pemaaf, berilmu (dunia dan akhirat), adil, tidak terlalu kikir dan tidak pula terlalu boros dan lain-lain sifat yang terpuji.
Untuk menjadi pemimpin, sewajarnya kita berbekalkan dengan cukup ilmu, andai kita tidak berilmu atau ilmu yang dengkal , bagaimana kita hendak mentadbir dengan berkesan malah tidak mustahil kita akan mudah dipelekeh orang yang pada awalnya memandang tinggi kepada kita. Seorang pemimpin mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dalam beberapa bidang terutama dalam bidang yang mereka secara langsung terlibat dengan organisasi yang ditadbirnya. Allah berfirman (dalam surah az-zumur ayat 9), mahfumnya: "Adakah sama orang-orang yaang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
Dalam melaksanakan dan mempertingkatkan mutu kerja dengan lebih berkesan hendaklah mempercayai kejujuran anggota bawaaahan serta menghormati pandangan mereka. Dan diri pemimpin sendiri mestilah bergerak sejajar atau sehaluan dengan orang bawahnya, jagan pula pemimpin ke kanan orang-orang yang dipimpin ke kiri.
Seseorang pemimpin itu perlu mengawal dirinya supaya sentiasa dalam kaadaan tenang, tidak emosional, jangan ada sifat yang memberi erti umpama memerintah. Gunakan perkataan yang lebih `lembut dan dipandang namapak beradab. sanggup meujudkan suasana kerjasama dan bersifat kekeluargaan di dalam sesebuah organisasi, selalu berdampingan, sanggup duduk semeja dengan orang di bawah tadbirnya bagi mengenal pasti masalah dalam organisaasi/masyarakat serta merangka dan mencadangkan cara terbaik bagi satu-satu masalah yang mungkin timbul.
Pemimpin yang sentias ada di hati para pengikutnya ialah yang dapat mendengar runggutan, suka memberi pertolongan kepada masyarakatnya dalam kaadaan apa sekalipun, peramah tegur sapanya, layanan samarata tanpa melihat kedudukan seseorang itu, menghadiri jemputan, menziarahi dan selalu berkirim salam kepada sesiapa sahaja yang mengenalinya.
Yang penting rasanya ialah amanah, jika kita telah diberi amanah atau kepercayaan, seperti memengang jawatan, tugas, pangkat dan sebagainya, kita wajiblah memegang amanah itu dengan sebaik mungkin. Kita sebenarnya tidak boleh menghianati amanah kerana salah satu sifat orang menafik ialah tidak amanah, seperti sabda Rasulullah saw yang maksudnya:"Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu apabila bercakap dia berbohong , apa bila dia berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah di mengkhianatinya".
Sebenarnya kita semua adalah pemimpin, abdar Rasulullah saw yang mahfomnya, "Kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yanag kamu pimpin, seorang pemerintah adalah seorang pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
Kesimpulannya: Sebagai manusia hidup kita di dunia ini mestilah ada yang menjalankan urusan sebagai pemimpin seterusnya bertanggungjawab pula sebagai pemimpin. Justru apa bila pemimpin telah dipilih menjadi kewajipan kita sebagai masyarakat mentaatai perintahnya. Dengan sebab itu kita hendaklah menghormati pemimpin sejajar sifatnya sebagi ketua. Taatkan pemimpin itu memang dituntut dalam Islam. Walau bagaiamanapun perlu diingat patuh dan setia ini ada garis-garis panduan yang perlu diteliti dan diambil perhatian, jika bersesuaian dengan ajaran Allah dan Rasulnya wajib dipatuhi, ditaati serta diberi sokongan, selagi seorang pemimpin itu tidak menyuruh melakukan sesuatu yang di larang oleh syarak, seperti melakukan maksiat, kerosakkan dan sesuatu yang berlawanan dengan agama, yang mana ketika itu kita sebagi penganut Islam tidak lagi disuruh mentaati pimpinannya, bukan sahaja kita akan berdosa kerana bersubahat melakukan maksiat, tetapi juga berdosa kerana bersyubahat melakukan maksiat. Andainya tindakan pemimpin berlawanan dan menyeleweng dari akidah Islam, pada ketika itu tidaklah lagi majib ditaati malah perlu dijauhi.
Dari itu hati-hati memilih pemimpin, jangan terlantik orang yang jahil menjadi pemimpin, nanti masyarakt akan menjadi kucar-kacir oleh kepimpinannya yang tidak mengikut lunas-lunas kepimpinan yang lurus dan benar.
Apa bila pilihan kita terlepas kepada orang yang pandai berpura-pura, bijak memeprmainkan lidah, lain di mulut lain di hati, "Telunjuk lurus kelengking berkait". Pemimpin yang sebagini sifatnya amat berbahaya kepada masyarakat dan seterusnya kepda negara. Perlu diingat dalam apa kaadaan sekalipun kepentingan negara mestilah diutamakan. Kasihkan negara itu sebahagian dari iman.
Ingatlah setiap pemimpin akan disoal di akhirat kelak. Bukankah kita selalu diperingatkan, "Takutlah kamu kepada Allah".