Tuesday, October 11, 2011

JAMUAN HARIRAYA

Jendela Syawal telah lama menutup tirainya. Elok rasanya kita kenang dan renung sejenak apakah yang telah kita lalui. Sudah seharusnya kita mengucap syukur kepada Ilahi. Isyaallah kita berjaya menjalani ibadat di bulan Ramadan, sepanjang Ramadan kita berteraweh, membaca al Quran, bersedekah, mengeluarkan zakat, ertinya kita menjalankan amalan kebaikkan, buka itu saja, kita mengawal lidah, mata, telinga, kita bersabar, bermurah hati, menahan diri dari dikuasai oleh nafsu yang merosakkan seperti makan minum berlebihan, mungkin juga kita telah membazir. Sesuatu yang sepatutnya kita sematkan di hati sesungguhnya Ramadan mendidik dan mengajar kita berhati mulia.
Timbulnya Syawal yang mulia disambut dengan jamuan hari raya. Jika Ramadan berpuasa sebulan ada yang mahu raya pun sebulan juga, malah mungkin lebih. kita bergembira berseronok, menghadiri jamuan di sana sini majlis rumah terbuka, masjid dan surau terbuka, koprat-koprat juga tidak ketinggalan, tidak terkecuali orang perseorangan. Semasa kita menekmati jamuan yang beranika, di kala itu teringatkah oleh kita kepada insan-insan yang tidak sebaik kita?, kita mungkin telah terlepas pandang, atau juga terlupa kepada insan yang kurang upaya, yang terlantar sakit, anak-anak yatim yang hilang tempat bermanja, ibu-ibu tunggal yang tiada tempat bergantung apa lagi berkasih sayang, kita terus gembira dan gembirat terkadang-kadang kita lupa kita keterlaluan berbelanja hingga makanan berlebh-lebih, kita mungkin membazir. membazir itu bukankah saudara syaitan
Sepatutnya kita menziarahi mereka ini, muga-muga kunjungan kita bertemu dengan insan-insan malang ini hati kita yang selama ini (jika ada) keras akan menjadi lembut dan hilang bangga diri.
Dalam amalan ziarah menziarahi di bulan Syawal ini sepatutnya tidaklah terhad kepada sahabat handai, jiran tetangga yang sedarjat sahaja, saugialah kita mengenang dan memikirkan serta beri perhatian kepada mereka yang daif hidupnya, semuga tertunailah kasih sayang yang mereka nanti dan rindukan, hubungilah mereka, lemparkanlah senyum ikhlas tanda kasih sayang kita serta zahirkan keikhlasan kita, semuga eratlah kasih sayang dan kokohlah silaturrahim antara kita seagama ini. Bukankah umat Islam semuanya bersaudara, semuga Allah mengurniakan keberkatan dalam hidup kita.
Semuga dengan dengan mengeratkan kasih sayang ini mudah-mudahan Allah akan mengurniakan Rahmatnya kepada kita. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda, (maksudnya):
"Sesaorang yang pergi mengunjungi saudara Muslimnya di kampung lain, maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk menunggu di dalam perjalanan itu, apabila orang itu sampai ke tempat Malaikat tersebut, Malaikat bertanya : "hendak ke mana kamu"? dia menjawab" saya hendak menziarahi saudaraku yang berada di kampung ini". Malaikat itu betanya pula, "adakah sahabatmu itu meminjam sesuatu daripadamu yang kamu ingin mengambinya kembali?, orang itu menjawab. "tidak saya mencintainya kerana Allah, Malaikat itu berkata, "saya adalah pesuruh Allah untuk memaklumkan kepadamu, bahawa Allah mencintai kamu sebagaimana kamu mencintai sahabatmu kerana Allah".
Tidak salah kita mengadakan rumah terbuka di bulan Syawal untuk menjamu serta meraikan kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai kerana niat kita baik, namun berhati-hatilah agar kita tidak membazir dan jauhkan diri dari niat menunjuk-nunjuk. Ingatlah segala bentuk kekayaan dan nikmat yang kita miliki semuanya dari Allah. Jika ini ada di hati kita pasti kita insaf bahawa semua kemewahan itu hanya semata-mata pinjaman, tiada apa yang sepatutnya kita merasa berbangga dan bermegah, Nabi pernah bersabda, maaksudnya: "Allah tidak memandang orang yang memakai kain yang sampai menyeret ke tanah kerana sombong".
Ingatlah kita bahawa kesombongan itu sebenarnya sifat syaitan yang merasakan dirinya lebih baik dan lebih tinggi tarafnya daripada Nabi Adam. Sifat inilah yang membawa kejatuhan syaitan yang akan dibalas dengan api neraka di akhirat nanti.
Apabila Syawal hampir ke penghujungnya barulah kita sedar, kita tertinggal sesuatu yang amat berharga, kita lupa melaksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal yang mana ganjarannya amatlah lumayan, mereka yang berpuasa sebulan di bulan Ramadan diikuti berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ganjarannya menyamai kita berpuasa sepanjang tahun, mahukah kita meninggalakn bonos yang lumayan ini.
InsyaAllah 3 minggu lagi kita akan menyambut hari raya Qurban, Qurban adalah sunat muakat yakni sunat yang amat di tuntut (hampir kepada wajib) kita melakukannya, terutamanya kepada mereka yang kaya. renungilah.




Sunday, April 24, 2011

MEROKOK MEMBAKAR DUIT,MEMBAKAR DIRI DAN MELAKUKAN YANG SUBAHAT

KENAPA kita mesti merokok ? Umum mengetahui perbuatan merokok sama seperti perbuatan 'menyedut racun ke dalam paru-paru'

Walaupun kita sedar racun yang kita sedut berpuluh kali dari 10-15 batang rokok sehari itu membahayakan kesihatan tetapi tabiat merokok ini amat sukar di hindarkan kerana telah sebati dalam perlakuan atau tabiat, atau kitakan telah menjadi ketagih.

Mengikut 'Kamus Dewan' menagih bererti berasa suka (gemar,ingin)benar akan sesuatu,tegsnya sangat melakukan sesutu kerana kebiasan.

Dari itu kepada yang belum terjebak dalam tabiat buruk lagi membazir ini eloklah jangan cuba-cuba melibatkan diri dengannya.Perbuatan ini sebenarnya amat merugikan, rugi kepada diri, kepada keluarga, malah rugi juga kepada negara.

Lama dahulu, kebiasaan rokok hanya dirujuk kepada kaum lelaki sahaja tetapi tidak dinafikan ada segelintir kaum wanita yang sudah berumah tangga merokok, mungkin terikut-ikut dari suami mereka terdpat juga wanita yang telah berumur merokok (biasanya rokok daun sahaja) sambil mengunyah sirih, tiada gadis-gadis yang merokok ketika itu samada bersembunyi-sembunyi apatah lagi berterang-terangan, sebenarnya merokok pada waktu itu dianggap merendahkan martabat kaum perempuan. Perempuan yang menghisap rokok (maaf) ketika itu dianggap perempuan-perempuan di'lorng-lorong belakang' atau apa yang disebut 'kupu-kupu malam'. Perempuan joget juga merokok.

Kini kita agak kecewa bila melihat penghisap rokok telah menular kepada kaum perempuan dan anak-anak gadis termasuk gadis-gadis di bawah umur. Apa yang menyedihkan mereka tanpa segan silu mempamirkan tabiat yang tidak bermaruah, nampaknya mereka berbangga pula. Gadis-gadis yang merokok ini kita boleh jumpai di mana-mana, jika di kelab malam usah dikiralah mereka memang merokok dengan sepuas-puasnya.

Kenapa mereka ini mesti merokok? Adakah mereka ingin mengikut gaya masa kini, jika inilah jawpanya nyatalah pendapat ini tidak boleh diterima samasekali, yang nyata tabiat ini adalah bertentangan dengan adab ketimuran yang bersifat lemah lembut, bermaruah, bersopan santun seperti sepatutnya sebagai seorang Islam.

Mengikut satu kajian, gadis-gadis yang merokok ini memang dilahirkan dan dibesarkan di bandar-bandar besar, mereka merokok bukan disebabkan oleh faktor tekannan, sebaliknya hanya untuk mensesuaikan diri dengan gaya kelompok yang mereka dampingi.

Pergaulan bersama rakan sebaya yang merokok akan turut menyebabkan mereka terikut-ikut dari segelintir gadis-gadis sekarang.

Bagi gadis-gadis yang berhijrah ke bandar pula ini satu lagi faktor tekanan ingin kelihatan sama seperti persekitaran yang baru mereka dampingi adalah menjadi penyebab utama dalam perlakuan ini.

Mengikut perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari pula berkata, tabiat merokok ini merupakan satu gejala yang kurang sihat kerana akhirnya berupya meruntuhkan moral yang lebih kepada perlakuan negetif.

Berdasarkan rekod kesihatan, tiada satu pun kesan baik diperolehi daripada rokok malah, kesan yang amat buruk telah dapat dibuktikan akibat rokok. samada pada masa kini atau pada masa akan datang. Kesan pada masa akan datang akibat pengambilan rokok ini boleh diumpamakan sebagai bom jangka yang telah diaktifkan. Satu masa nanti, dengan ketentuan Allah SWT bom ini pasti akan meledak dan tatkala itu penyesalan tidak lagi berguna.

Menurut Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia, setiap batang rokok (yang dinyalakn) akan mengelurkan lebih 4,000 bahan kimia beracun merbahaya dan berisiko membawa maut, setiap sedutan asap rokok menyamaai satu sedutan beribu-ribu asap beracun. Antara kandungan gas beracun yang terdapat dalam asap rokok termasuklah bahan radioaktif. (polonium 201) dan bahan yang digunaka dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic) gas beracun hydrogen (hydrogen cyanide) dan banyak lagi. Malah setiap batang rokok yang dihisap mengandungi bahan utama nikotin dan karbon monoksida yang memberi kesan buruk kepada kesihatan badan.

Sumber yang dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia menyatakan, bahawa asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan penceranaan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit, mala racun-racun dalam asap akan memasuki system saluran darah ke seluruh badan, kandungan nikotin, bukan saja mengakibatkan ketagih dan menyebabkan saluran darah menjadi sempit serta merosakkan organ lain yang berkaitan.

Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia lebih 10,000 kematian setahun adalah disebabkan penyakit yang berkaitan dengan rokok , 30 peratus daripadanya mati disebabkan sepuluh jenis kanser iaitu: paru-paru,mulut,esophagus, tekak, pinkris,pundi kencing, buah pinggng, serviks,kolon dan perut

25 peratus daripadanya mati disebabkan sakit jantung

Kematian disebabkan strok juga mencatatkan sebanyak 25 peratus, selebihnya mati disebbkan oleh penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan rokok.

Setakat ini tiada seorang pun pakar perubatan meyatakan merokok adalah baik dari sudut kesihatan.

Kesimpulannya, tiada sebarang nas secara mutlak menyebut tentang hukum rokok, rokok diketagorikan dalam perkara subahat yang kita diminta menjauhinya.

Menghisap rokok bererti mengadaikan kesihatan dan kehidupan.Dlam surah Al Baqarah ayat 195 Allah berfirman yang maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.


Wednesday, April 20, 2011

GEMPA BUMI, YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.

apakah yang tersurat dan tersirat ekoran gempa bumi?

Satu lagi takdir yang menguji umat manusia. Walaupun kita berlainan agama, perasaan kemanusiaan pasti berdetik dalam hati kita bukan sekadar kata simpati saja.

tregedi menyiat hati pasti terpikir oleh kita, biarpun palbagai teknologi cangeh dicipta untuk mengesan tanda awal gempa bumi,namun takdir tohan mengatasi segala-galanya. Inilah keagongan kuasa Tohan tidak siapa yang mampu menghalangnya. Sukar dibayangkan bagaimana beratus ribu nyawa manusia dan harta-benda boleh musnah dalam sekelip mata. Allahhu Akbar, Allah Maha Besar.

Tuesday, November 23, 2010

JANGAN BERCERAI - BERAI

kaum muslimin dan muslimat yang saya kasihi dan dirahmati Allah seklian.

pertama-tama sewajarnya ucapan kita ialah berbanyak-banyak puji dan syukur kehadarat Allah SWT kerana dengan keizinan dan inayahnya kita dapat sama-sama merayakan sambutan Aidiladha hari ini.

Dua bulan yang lepas kita merayakan aidilfitri iaitu hari kita merayakan kemenangan ke atas tuntutan nafsu, ia merupakan satu anugrah dari Allah SWT agar kita bergembira dan mengeratkan lagi silaturrahim. Hari ini kita dianugrahkan pula dengan hari raya Aidiladha. Kita disajikan lagi dengan hari kegembiraan dan hari mengingati Allah SWT, tentu ada masej dan pegajaran, antara pengajaran yng penting ialah sifat syukur atas nekmat Allah. Aidiladha pula mebawa bersamanya banyak masej dan pegajaran.

Pengajaran yang terpenting, yang terkandung dalam aidiladha ini adalah kesatuan, umat Islam tidak kira siapa dan di mana pun mereka berada adalah umat yang satu, ia adalah umat yang bersama-sama mengikrarkan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Rasulullah. Kita adalah umat yang bersatu, mengadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu Allah Rabbulalamin. Kita adalah umat yang satu yang berkumpul di Padang Arafah untuk melakukan ibadat Haji. Adakah umat yang lain di atas muka bumi ini yang mempunyai syariat seperti Islam?.

Sebenarnya, kita tidak mampu lagi berpecah-belah, kita sewajarnya menghindarkan diri kita dari diperalat dengan tujuan memecah-belahkan kita. Anasir-anasir jahat ini suka melihat kita berpuak-puak dan berpecah denganya mudahlah mereka menikam kita dari belakang. Kita perlu bersatu untuk menjadi kuat. Lihatlah bagaimana Allah SWT mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat Haji agar berkumpul di satu tempat, di satu masa dengan pakaian yang sama, tidakkah ini menunjukkan bahawa umat Islam satu umat yang diwajibkan bersatu, Allah telah berfirman dalam surah AliImran -103 yang maksudnya Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan jangan kamu bercerai-berai).

Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad saw ke dunia ini sebagai Rasul terakhir untuk membawa perubahan kepada seluruh umat manusia, baginda telah diperintahkan oleh Allah menyeru manusia supaya berakhlak mulia dan berubah dari gaya hidup yang tidak bertemadun kepada cara hidup yang diredzai oleh Allah, antarannya: bersatu-padu, hormat menghormati, berkasih sayang, toleransi iaitu bertolak ansur dan mengamalkan sikap bantu membantu serta tolong menolong, percakapan dan tindak tanduk yang boleh menyinggung perasaan orang lain perlulah dielakkan kerana ia boleh membawa kepada pertelingkaahan dan permusuhan sesama kita, jika kita tidak berhati-hati sudah pasti hubugan silaturrahim yang sedia terjalin akan menjadi kusut dan boleh mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat.

Oleh itu bersempena dengan semangat aidiladha dan perhimpunan haji di tanah suci, marilah kita mengambil iktibar dengan membetulkan diri dan masyarakat kita dengan mengokohkan perpaduan dan kekuatan umat seluruh dunia. Allah SWT menyatakan bahawa setiap orang beriman itu adalah bersaudara kepada orang Islam yang lain, tegasnya selama mana sesaorang individu itu melafaskan kalimah syahadah maka ia tetap saudara seagama, ini jelas apa yang diperintahkan oleh Allah seperti dalam firmannya, maksudnya: sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat - (Hujrat ayat 10).

Hari ini (aidiladha) kita mengaggongkan Allah SWT dengan bertakbir, bertahmid dan bertahlil sebagai bukti kesyukuran kita kepada-Nya, kerana dengan lempah keagongan-Nya telah mengurniakan kemakmuran, keamanan, ketenteraman serta kestabilan negara kita. Dengan yang demikian kita dapat beramal, melaksanakan tugas harian kita dengan tenang dan sempurna. OLeh itu tiada amalan yang paling mulia pada hari raya korban ini melainkan menumpahkan darah binatang ternakkan kita, iaitu berkorban dengan menyemelih haiwan - haiawan ternahkan kita, inilah lambang kesyukuran kita kepada Allah.

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang melakukan pengorbanan, mereka sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran perasaan dan sebagainya, kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang mengolek, sebaliknya tanpa pengorbanan pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama' akan dicaci, masyarakat dan rumah tangga akan hancur, kampung halaman akan porak -peranda dan negara akan terus dijajah.

Di samping itu kita juga wajar bertanya, "Apakah pengorbanan kita kepada masyarakat dan negara? Apakah kita benar-benar menghargai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita, adakah kemakmuran dan keamanan yang kita kecap kini datang tapa melalui pengorbanan manusia lain, dalam erti kata yang lain kita perlu belajar berkorban dan menghargai pengorbanan orang lain. Yang pasti kita jangan sekali-kali lupa pengorbanan ibu bapa terhadap kita.

sekian, hingga jumpa kembali.





Sunday, March 14, 2010

MAULIDUR RASUL - MENGHAYATI KEPIMPINAN RASULULLAH SAW

KITA sekarang masih berada dalam bulan yang mulia iaitu bulan Rabiul Awal yang juga amat dikenali dengan sebutan bulan Maulud. Umat Islam di seluruh dunia menyambutnya dengan upacara-upacara memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan bagi kita penganut Islam di Malaysia mengadakan majlis sambutan maulidur Rasul sudah menjadi satu kelaziman.

Antara tujuannya, selain dari memperingati hari ulang tahun keputeraan baginda Rasulullah SAW, sambutan bagini juga menarik perhatian umat Islam kepada memperingati ajaran-ajarannya yang telah berjaya menanam emaj Islam ke dalam masyarakat. Sebenarnya Islam bebangga dengnan kelahiran insan yang agong ini, yang membawa kebahgiaan dan rahmat kepada sekalian alam.

Cuba kita renung dan fikirkan, kita tidak boleh tidak akan berusaha untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran diri kita sendiri, hari lahir pasangan hidup kita, ahli keluarga kita, hari ulang tahun perkahwinan kita dan sebagainya, inikan pula melibatkan junjungan mulia, kekasih Allah yang membawa syariat di hari akhirat kelak. Mengapa kita tidak menyambutnya hari kelahiran baginda dengan penuh kegembiraan. Tidakkah kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar.

Perayaan Maulidur Rasul seperti yang kita sambut hari ini bukanlah satu kewajipan, tetapi ia tidak pula dilarang untuk membesarkannya, malah ia amat digalakkan. Dewasa ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidur Rssul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan walaupun sebenarnya banyak isu yang lebih penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Di masa ini musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan umat Muhammad. Pemimpin-pemimpin Islam yang bertelagah ini membuatkan kuasa besar tersenyum. Bahkan ada pemimpin negara Islam menjadi bonika kuasa besar dunia asalkan kedudukkan mereka selamat dan terjamin, kalaupun tidak tunduk kepada kuasa besar secara mutlak, sesetengahnya bertindak menjadi penyokong kuat kepada Barat.

Kita seharusnya sedar, serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan umat Islam. Malah di kalangan kita sendiri bermusuh-musuhan. Merekalah yang menyebabkan permusuhan dan perpecaahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia, selain mencari kesalahan saudara sendiri, mereka bekerja bertungkus lumus untuk meniupkan rasa syak wasangka kepada perkara-perkara yang mereka timbulkan agar ia menjadi satu kontrovasi.

Prinsip-prinsip asas agama Islam diputar-belitkan, cara dan pendekatan ibadat dipertikaikan dan diubah mengikut kamahuan dan tujuan tersendiri. Sekiranya perkara-perkara ini tidak disedari daan dihindar oleh masyarakat Islam maka perpaduan dan kesucian akidah Islam akan tergangu. Mereka pula dengan sewenangnya mengubah pendapat-pendapat ulama terdahulu yang selama lebih 1400 tahun dianggap sahih dan benar.

Membesarkan Maulidr Rasul, samalah umpama kita membesarkan Islam kerana Rasulullah SAW merupakan simbul bagi agama Islam itu sendiri. Hari kelahiran Nabi adalah hari dan saat yang mengembirakan bagi kaum Mukmin dan kita sepatutnya memperingati dan merayakan hari yang sungguh bersejarah dalam Islam itu. Itulah tandanya kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mengutuskan kepada kita seorang pesurunya yang agong.

Di sini jelaslah kepada kita, Rasulullah SAW adalah pemimpin agong dunia, menjadi kewajiban kepada kita yang cintakan agama ini untuk mengambil pengajaran dengan menghayati kepimpinan yang ada pada diri Rasulullah SAW, melalui contoh-contoh dan tauladan yang telah di sampaikan.
(petikkan sebahagian ucapan saya yang di sampaikan pada hari sambutan Malidur Rasul peringakat Parlimen Setiawangsa anjuran "Majlis Permuafakatan Masjid & Surau Parlimen Setiawangsa" pada Sabtu 13/3/2010 bersamaan pada 27 R'Awal 1431).

Friday, January 1, 2010

TAHUN 2010 - BERAPA TAHUNKAH USIA DUNIA KITA

TAHUN baru membuka tirainya lagi. Tahun Masihi yang dikira sejak lahirnya Nabi Isa itu telah berusia 2,009 tahun dan ia berjalan tanpa berhenti walau sesaat pun, tahun berganti tahun. Jika dikira sejak Nabi Adam hingga ke Nabi Isa, telah beribu tahun pula telah ditinggalkan.

Alangkah pantas masa beredar, tahun 2009 rasanya masih baru kita masuki dan sekarang tiba-tiba saja tahun baru pula muncul. Tidak puas rasanya kita berada di dalam tahun 2009. Walau bagaimanapun masa tetap berlalu meninggalkan kita. Setahun yang kita tinggalkan terlalu singkat dan ia tidak akan pernah kembali. 365 hari yang kita tinggalkan memberi kita pahit dan manis, suka dan duka, tawa dan air mata. Semuga tahun baru yang kita sambut hari ini memberikan kita semangat baru dan azam yang baru. Hidup pasti diteruskan. Paling utama gunakan masa dengan sebijak-bijaknya. Masa yang ada jangan disia-siakan. Pepatah arab ada mengatakan (maksudnya): Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak menggunakan untuk memotong nescaya ia akan memotong kamu. Masa terasa terlalu pendek, saya yang telah bersara dari perkhidmatan kerajaan selama 15 tahun, rasanya baru setahun bersara . Pejam celik, pejam celik sudah 15 tahun (mungkin sebagai Pengerusi masjid saya amat sibuk dengan program silih berganti, baru sangat rasanya kursus Haji bersiri tahun lalu Pihak Tabung Haji telah memanggil mesyuarat untuk kursus haji tahun ini, selepasa itu akan menghadapi bulan puasa, aidil Fitri, Aidil Adha serta mengatur majlis korban, ini tidak termasuk dengan program-program kebesaran Islam yang lain sepanjang tahun seperti maulidul Rasul, Israk & Mikraj, Nuzul Al Quran serta lain-lain ceramah Agama). Ini tanda-tanda kiamat itu makin hampir. Kiamat pasti akan berlaku, kita diwajibkan mempercayainya, ia termasuk dalam rukun Iman yang enam. Allah menyakinkan manusia akan berlakunya kiamat. Dalam surah Al-Haj ayat 7, Allah berfirman (mafhumnya) Dan sesunguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tidak ada keraguan padanya dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang yang di dalam kubur

Selain dari pembuktian Al-Quran, ahli sains juga mempercayai akan berlakunya kiamat, mereka menyakini bahawa pada satu masa kelak bumi ini akan dimusnahkan oleh sebuah bintang berekor, apabila bintang itu beredar hampir dengan bumi, bintang tersebut dipercayai mempunyai daya tarikan yang kuat sebagaimana matahari. Oleh sebab itu apabila bintang itu menghampiri kawasan peredaran bumi, ia akan bertempur dengan bumi menyebabkan terjadinya gempa bumi yang amat dasyat sehingga memusnahkan dunia ini serta semua makhluk-makhlunya.

Sudah menjadi sunah Allah bahawa setiap kejadian pasti didahului dengan tanda-tanda, baik sekecil-kecil kejadian, apatah lagi kejadian yang besar seperti kiamat. Banyak sekali hadis-hadis Rasulullah saw yang menerangkan tanda-tanda atau alamat-alamat akan terjadinya kiamat, baik kiamat kecil atau kiamat besar. Antara alamat kiamat itu ialah:
  • Bertambah pendeknya masa
  • Banyak berlaku gerak gempa
  • Banyak berlaku pergaduhan dan peperangan
  • Timbul perang antara kaum Muslimin dan Yahudi
  • Kaum perempuan melebihi bilangan lelaki dan lain-lain
Alamat-alamat kiamat itu telah banyak kita saksikan sekarang. Semakin singkat kita rasakan masa itu berlalu, semakin dekatlah dunia pada penghujungnya. Masa yang semakin singkat itu hendaklah kita rebut sebaik-baiknya ke tahap paling maksimum. Kita diwajibkan berusaha selagi kita masih hidup. Andainya terdengar oleh kita hari kiamat sedang berlaku, padahal di tangan kita ada beneh yang hendak di tanam, kita di suruh terus menamnya.

Semuga 365 hari yang akan kita lalui tahun ini dimanfaatkan secukupnya, buangkan segala sifat keji dan diganti dengan sifat terpuji, hampri diri kepada Allah, tambahlah bekalan sebanyak mungkin yang bakal kita bawa pulang ke negeri yang kekal. Marilah kita jadikan ini sebagai azam yang utama dalam menempuh tahaun 2010

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN MISIHI 2010"

Friday, December 18, 2009

MAAL HIJRAH, PENGAJARAAN DAN IKTIBARNYA

MAAL HIJRAH, sejarah Agong yang semestinya diingati oleh semua penganut Islam di dunia ini.

Walaupun jarak masa hijrah masa yang dilalui oleh Rasulullah saw hingga ke saat ini telah melebihi 15 abad, namun nilai-nilai yang terkandung di dalamnya tetap utuh dan teguh, diingati oleh semua orang Islam sehingga mampu menjadi modal untuk membina kekuatan akidah.
Kita semua maklum "Tahun Hijrah" tahun bagi kalendar orang Islam (yang dikira dari penghijrahan Nabi kita Mohammad saw dari Makkah ke Madinah). Dalam satu cerita yang sah bahawa Nabi Mohammad saw telah mula mengunakan tarikh Hijrah ini dalam surat-surat baginda. Dalam surat perjanjian baginda dengan orang Nasara Najran baginda memerintahkan Saiydina Ali supaya menulis di bawah perjanjian itu menyebutkan tarikh tahun ke lima Hijrah.

Kita sekarang sewajarnya menghayati roh Hijrah ini agar ia terlaksana dalam masyarakat kita. Pada hari ini, kita sebenarnya amat sedar bahawa masyarakat sekarang berbeza dari masyarakat dahulu, lebih-lebih lagi dalam permasalahan dalam kehidupan dunia yang serba serbinya dikatakan moden. Kita sekarang hidup dalam dunia yang sangat mencabar, kerana pengaruh kebendaan telah mengatasi segala-galanya, manakala penghayatan nilai-nilai yang mulia mungkin tersasar dalam kehidupan kita.

Walaubagaimana pun, bagi umat Islam khasnya di negara kita, setiap kali kedatangan tahun baru Hijrah, ia disambut dengan pelbagai pengisian, ia menjadi satu kemastian bagi memperingati tahun yang amat bersejarah kepada umat Islam ini, tetapi yang pentingnya kita jangan lupa mengambil pelajaran dan iktibar daripadanya.

Jadikanlah perayaan dan sambutan tahun baru Hijrah ini menuju kesejahteraan serta memahami erti Hijrah itu sebenarnya. Khasnya kepada generasi muda hari ini disarankan supaya mampu memantapkan diri mereka dengan kekuatan akidah, kekuatan ilmu dan teknologi serta kekuatan organisasi diri dari unsur-unsur negatif, penyelewengan serta was-was, jadikan diri kita orang yang berilmu pengetahuan sebagai bekalan penyuluh hidup hari ini dan masa-masa akan datang.

Hijrah sebenarnya kesabaran, lihatlah bagaimana kesabaran para sahabat menempuh halangan dalam berhijrah. Abu Bakar bersabar menahan kesakitan dipatuk ular, Abdul Rahman Auf meninggalkan harta kekayaan di Makkah dan sebahagian yang lain bersabar menempuh berbagai bentuk kepayahan bagi tujuan berhijrah, oleh itu kita hendaklah sentiasa mempertingkatkan kesabaran kerana ia adalah senjata utama melawan segenap halangan yang bakal mendatang. Kesabaran dalam melaksanakan segala suruhan Allah dan juga kesabaran untuk terus beristikomah ke arah matlamat yang dicita-citakan.

Marilah kita renung akan akan firman Allah dalam surah at-taubat ayat 20-21 yang mafhumnya: Mereka yang beriman dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah degan harta dan jiwa mereka, mereka lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang menang. Allah telah memberi khabar gembira kepada mereka dengan rahmat dan keredhaan-Nya serta syurga di mana di dalamnya nikmat-nikmat yang tetap.

Selamat menyambut Maal Hijrah - Hijratul Qalbiah (perpindahan hati) dan Hijratul Badaniah (Perpindahan diri)