Tuesday, October 11, 2011

JAMUAN HARIRAYA

Jendela Syawal telah lama menutup tirainya. Elok rasanya kita kenang dan renung sejenak apakah yang telah kita lalui. Sudah seharusnya kita mengucap syukur kepada Ilahi. Isyaallah kita berjaya menjalani ibadat di bulan Ramadan, sepanjang Ramadan kita berteraweh, membaca al Quran, bersedekah, mengeluarkan zakat, ertinya kita menjalankan amalan kebaikkan, buka itu saja, kita mengawal lidah, mata, telinga, kita bersabar, bermurah hati, menahan diri dari dikuasai oleh nafsu yang merosakkan seperti makan minum berlebihan, mungkin juga kita telah membazir. Sesuatu yang sepatutnya kita sematkan di hati sesungguhnya Ramadan mendidik dan mengajar kita berhati mulia.
Timbulnya Syawal yang mulia disambut dengan jamuan hari raya. Jika Ramadan berpuasa sebulan ada yang mahu raya pun sebulan juga, malah mungkin lebih. kita bergembira berseronok, menghadiri jamuan di sana sini majlis rumah terbuka, masjid dan surau terbuka, koprat-koprat juga tidak ketinggalan, tidak terkecuali orang perseorangan. Semasa kita menekmati jamuan yang beranika, di kala itu teringatkah oleh kita kepada insan-insan yang tidak sebaik kita?, kita mungkin telah terlepas pandang, atau juga terlupa kepada insan yang kurang upaya, yang terlantar sakit, anak-anak yatim yang hilang tempat bermanja, ibu-ibu tunggal yang tiada tempat bergantung apa lagi berkasih sayang, kita terus gembira dan gembirat terkadang-kadang kita lupa kita keterlaluan berbelanja hingga makanan berlebh-lebih, kita mungkin membazir. membazir itu bukankah saudara syaitan
Sepatutnya kita menziarahi mereka ini, muga-muga kunjungan kita bertemu dengan insan-insan malang ini hati kita yang selama ini (jika ada) keras akan menjadi lembut dan hilang bangga diri.
Dalam amalan ziarah menziarahi di bulan Syawal ini sepatutnya tidaklah terhad kepada sahabat handai, jiran tetangga yang sedarjat sahaja, saugialah kita mengenang dan memikirkan serta beri perhatian kepada mereka yang daif hidupnya, semuga tertunailah kasih sayang yang mereka nanti dan rindukan, hubungilah mereka, lemparkanlah senyum ikhlas tanda kasih sayang kita serta zahirkan keikhlasan kita, semuga eratlah kasih sayang dan kokohlah silaturrahim antara kita seagama ini. Bukankah umat Islam semuanya bersaudara, semuga Allah mengurniakan keberkatan dalam hidup kita.
Semuga dengan dengan mengeratkan kasih sayang ini mudah-mudahan Allah akan mengurniakan Rahmatnya kepada kita. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda, (maksudnya):
"Sesaorang yang pergi mengunjungi saudara Muslimnya di kampung lain, maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk menunggu di dalam perjalanan itu, apabila orang itu sampai ke tempat Malaikat tersebut, Malaikat bertanya : "hendak ke mana kamu"? dia menjawab" saya hendak menziarahi saudaraku yang berada di kampung ini". Malaikat itu betanya pula, "adakah sahabatmu itu meminjam sesuatu daripadamu yang kamu ingin mengambinya kembali?, orang itu menjawab. "tidak saya mencintainya kerana Allah, Malaikat itu berkata, "saya adalah pesuruh Allah untuk memaklumkan kepadamu, bahawa Allah mencintai kamu sebagaimana kamu mencintai sahabatmu kerana Allah".
Tidak salah kita mengadakan rumah terbuka di bulan Syawal untuk menjamu serta meraikan kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai kerana niat kita baik, namun berhati-hatilah agar kita tidak membazir dan jauhkan diri dari niat menunjuk-nunjuk. Ingatlah segala bentuk kekayaan dan nikmat yang kita miliki semuanya dari Allah. Jika ini ada di hati kita pasti kita insaf bahawa semua kemewahan itu hanya semata-mata pinjaman, tiada apa yang sepatutnya kita merasa berbangga dan bermegah, Nabi pernah bersabda, maaksudnya: "Allah tidak memandang orang yang memakai kain yang sampai menyeret ke tanah kerana sombong".
Ingatlah kita bahawa kesombongan itu sebenarnya sifat syaitan yang merasakan dirinya lebih baik dan lebih tinggi tarafnya daripada Nabi Adam. Sifat inilah yang membawa kejatuhan syaitan yang akan dibalas dengan api neraka di akhirat nanti.
Apabila Syawal hampir ke penghujungnya barulah kita sedar, kita tertinggal sesuatu yang amat berharga, kita lupa melaksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal yang mana ganjarannya amatlah lumayan, mereka yang berpuasa sebulan di bulan Ramadan diikuti berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ganjarannya menyamai kita berpuasa sepanjang tahun, mahukah kita meninggalakn bonos yang lumayan ini.
InsyaAllah 3 minggu lagi kita akan menyambut hari raya Qurban, Qurban adalah sunat muakat yakni sunat yang amat di tuntut (hampir kepada wajib) kita melakukannya, terutamanya kepada mereka yang kaya. renungilah.




No comments:

Post a Comment