Sunday, January 18, 2009

WARISAN

Meniupkan semangat patriotisme kepada orang Melayu nampaknya tidaklah boleh diambil mudah oleh keajaan yang memerintah negara berbilang kaum ini. Orang-orang Melayu biasanya mudah khayal, mudah alpa dan sangat senang melupakan sesuatu peristewa pahit atau menyayat hati. Orang Melayu dengan mudah melupakan walaupun sesuatu peristewa itu mungkin merupakan satu titik hitam dalam hidupnya. Sifat pemaaf orang Melayu telah diakui oleh semua bangsa yang malangnya, apabila orang Melayu besabar ada pula orang lain yang cuba memijak kepalanya, mereka mengambil kesempatan atas kesabaran dan kelembutan orang Melayu. Dan bila orang Melayu telah 'tersepit' maruah telah tercabar, kesabaran pun biasanya akan lenyap. Sebenarnya oarng Melayu telah banyak kali dicabar, antaranya sewaktu pemerintahan Inggeris, pemerintahan Jepun dan zaman pemerintahan dua minggu 'Bintang Tiga', malah di zaman kesultanan Melayu Melaka pun orang Melayu pernah dicabar.

Pada masa-masa terdesak begini biasanya orang Melayu dapat melupakan darjat dan kedudukan mereka, mereka akan berpimpin tangan bagi menghancurkan petualang-petualang ini, mereka akan segera teringatkan pegangan kuat bangsanya, "bersatu teguh, becerai roboh" - "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Mreka akan sehidup semati, "Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji, pecah semua"
apabila segalanya telah tenang, orang Melayu dengan mudah membuangnya dari lipatan sanubari mereka, mereka tidak pernah merasa serik atau jeran. Akhir-akhir ini perpaduan orang Melayu kembali longgar,kedengaranlah mereka meberi komen, rata-rata mereka menunding jari kepada orang-orang Melayu dalam kerajaan serta pemimpin-pemimpin tempat mereka bergantung harap.
Rungutan-rungutan yang didengar: Orang Melayu telah lupa (meminjam kata-kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir) "Melayu Mudah Lupa". -mudah lupa diri. Mereka terlalu yakin dan khayal , mereka yakin kedudukan mereka tidak mungkin tegugat. Sesungguhnya tidaklah dapat dinafikan kerajaan memang membangunkan negara dengan pesatnya, kerajaan telah berjaya menebus maruah bangsa Melayu dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.

Itu semua tidak semestinya rakyat dipinggirkan, orang Melayu sangat memandang tinggi budi bahasa dan sopan santun, mereka tidak boleh dikaburi dengan kereta menjalar dan kemewahan yang ditonjolkan . Pemimpin-pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat tidak sepatutnya mengambil mudah perkara ini. Jangan lupa dengan kuasa rakyat.
Genarasi sekarang mungkin tidak percaya datuk nenek dan orang tua mereka dulu makan nasi sekali sehari, kain basahan kering di pinggang, pakaian cumpang-camping, mereka dihina, malah hendak 'mengangkat' muka kepada bangsa lain pun tak berani.

Kerja orang Melayu sebelum merdeka selain menjadi petani yang tak cukup makan, dan nelayan ialah 'peon' boroh kasar dan poter (peon & poter lihat kamus BM) sahaja, yang agak bernasib baik jadi guru sekolah Melayu dengan gaji yang terlalu kecil. Kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO telah merubah segala-galanya. Orang Melayu yang terkenal dengan ekonomi kais pagi makan paginya, kini telah hidup mewah. Kita sepatutnya mengucap syukur kepada Allah SWT yang telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang tidak mementingkan diri sendiri, malah mereka sanggup berkorban apa saja demi masa depan bangsanya, dari itu kita seharusnya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang telah berjuang tanpa merasa jemu, mereka sekarang telah dipanggil pulang oleh Allah SWT mendahului kita dan kita sekarang sedang mengecap hasil kemerdekaan yang mereka perjuangkan. Sepatutnya kita tidak saja berterima kasih malah menghadiahkan "AL-FATIHAH" kepada roh mereka. bukankah itu tanda terima kasih kita kepada pejuanag-pejuang tanah air tercinta ini.
Setelah kita berkerajaan sendiri, semangat orang Melayu kembali rasa bermaruah, mungkin bagitulah rasanya orang-orang Melayu di zaman kerajan Melayu Melaka dahulu.

Nasib orang Melayu terbela, mereka ada wakil rakyat tempat mengadu, segala kesulitan mereka didengar, wakil rakyat mereka pada ketika itu betul-betul berbakti untuk rakyatnya.
Nama wakil rakyat harum dan mereka amat dihormati.

Sekrang nampaknya segala-galanya berubah, wakil rakyat terlalu sibuk, kita tidak lagi nampak dan mendengar wakil rakyat wakil rakyat naik basikal atau "moris miner" (sekarangn mungkin "kancil") . masuk dari lorong ke lorong, kampung ke kampung menemui rakyatnya. Semasa saya bertugas di Negeri Johor dalam tahun 70an dulu saya teringat bagaimana seorang wakil rakyat "Dato' Jalok Daing Melibuk" wakil dari DUN Benut, Johor (UMNO) dan semasa saya bertugas di Selangor saya bertemu pula dengan wakil dari DUN Morib "Cikgu Jabar" (BEBAS) Cikgu Jabar menang dengan teket Bebas tiga penggal berturut-turut.

Allahyarham Dato'Jalok sangat terkenal di kawasannya dan dia amat dihormat, terdengar shaja ada kematian di kawasannya pasti beliau akan menziarahi dan jarang sekali menolak jemputan kenduri samada kecil atau besar. Kebanyakan masanya berada di dalam kawasannya, jadi istilah susah nak jumpa wakil rakyat tidak timbul samasekali di kawasanya. Allahyarham juga senang dihubungi walau di mana. Dalam "moris minernya" disimpan keperluan pejabatnya seperti: 'Rubber stamp" serta stampad". Beliau sangat disenangi oleh pegawi-pegawai kerajaan kerana hubungannya yang sanagt erat dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Bagitu juga dengan wakil rakyat Morib, Chegu Jabar amat mesra dengan orang-orang dikawasannya, keretanya sedia menghantar rakyat di pendalaman pada bila-bila masa. Adakah wakil rakyat sekarang berfikir kerana kemudahan segala-galanya telah tersedia maka mereka tidak perlu melawat atau berdampingan dengan rakyat di kawasannya? . anggapan ini adalah satu yang amat malang, bukankah tugas wakil rakyat berkhidmat untuk rakyatnya? Jika hal ini ada difikiran wakil rakyat kini, eloklah segera dikikis.
Mulai sekarang, wakil rakyat mesti mengubah 'gaya' mereka, rakyat hendaklah didampingi, jadilah pendengar yang baik. Pandangan rakyat hendaklah didengar
Kesimpulannya: Kemajuan adalah sesuatu perkara yang sangat-sangat dihajati oleh fitrah manusia, pribadi, keluarga, organisasi dan negara, semuanya berusaha supaya hari ini lebih maju dari kalmarin dan besok lebih maju dari hari ini, kemajuan yang dibina oleh pribadi untuk dirinya adalah agar dirinya dapat hidup dalam kaadaan senang dan bahagia serta dikasihi oleh Allah dan hamba-hambanya. Kemajuan di peringkat keluarga agar menjadi keluarga bahagia, bantu membantu, kasih mengasihi dan sayang menyayangi antara isi keluarga.
Dalam buku sjarah Melayu Tun Sri Lanang mengatakan:
Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Apakah gila bagimu puan
Burung terbang dipipiskan ladan........ itu kata Tun Sri Lanang (bendahara Sri maharaja (?) pada tahun 1612 dulu.
terdahulu lagi semasa di Majapahit Hang Jebat berpantun:
Hang Jebat Hang Kasturi
Budak-budak Raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata.

No comments:

Post a Comment