Saturday, January 3, 2009

Hijrah - Perpaduan

Perpaduan, senang bunyinya ungkapan itu, yang nyata umat Islam yang bijak dan petah berkata "Perpaduan!!", tetapi melaksanakannya ??.Lihat saja umat Islam di Timur Tengah orang Islam di sana dibuli oleh Israel kerana Israel faham benar masyarakat Islam di sana tidak ada langsung "perpaduannya", masyarakat yang kucar-kacir mana boleh mengatasi satu puak yang bersatu-padu. "Penyakit" berpuak-puak ini sekarang sedang menular ke negara kita yang tercinta ini. Mereka membaca (maksudnya) "Berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah janganlah berpecah belah dan bercerai berai - Ali Imran ayat 105. kita setakat membaca sahaja,tiada penghayatan. (mungkin ada tapi tak sampai kepada apa yang diharapkan).
Kerana perpaduan orang Islam di negara ini longgar, sebab itulah bangsa-bangsa lain mula "cacing naik ke mata". Dengan menggantung kepada babi di pintu rumah orang Islam, ini satu perbuatan yang sama-sekali tidak boleh dimaafkan. Perbuatn ini terlalu kurang ajar. Kenapakah mereka sangat berani dan bertindak bagitu jauh??. ini amat menyakitkan hati seluruh orang Melayu (Islam), apa orang piolitik buat?, apakah pemimpin masyarakt buat??. Mereka membisu seribu bahasa.

"Hijrah" pula mengikut pendapat ulama megandungi dua pengertian: iaitu, berpindah (hijrah) dari satu tempat yang lebih selamat dan kedua perubahan sikap bagi mencapai kejayaan dan kemajuan.
Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah seterlah berada dalam kekejaman orang-orang Kurish di Kota Makkah selama 13 tahun.
Kita sekarang ini sewajarnya menghayati roh hijrah ini agar ia dapat terlaksaana dalam masyarakat kita pada hari ini, kita menyedari bahawa masyarakat sekarang berbeza daripada masyarakat dahulu dari segi keperluan, tuntutan, cabaran, keinginan dan lebih-lebih lagi permasaalahan dalam kehidupan dunia yang serba morden pada hari ini. Kita sekarang ini berada dalam dunia yang sangat mencabar, kerana pengaruh kebendaan telah mengatasi segala-galanya, manakala penghayatan nilai-nilai yang mulia mungkin tercicir dalam kehidupan kita seharian. Namun bagitu kita mengharapkan kepada umat Islam pada hari ini dapat kiranya menghidupkan kembali roh hijrah 1430 yang baru ini untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian terutama yang berhubung dengan persaudaraan sesama Islam, membetulkan perjuangan, mengadakan pengorbanan untuk kemuliaan Islam dapat kembali merapatkan hubungan baik sesama Islam supaya tidak menjejaskan kehidupan harian dan masa depan umat Islam itu sendiri.
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): Tidak ada lagi hijrah setelah pembukaan kota Makkah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Oleh itu hendaklah kita berlumba-lumba untuk berjihad ke jalan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment