Saturday, January 31, 2009

ANUGERAH CEMERLANG

ANUGERAH memberi erti pemberian, ianya lebih bererti dan lebih hebat bunyinya apabila kita gunakan 'anugerah' bukan pemberian. Anugerah adalah satu pemberian yang sangat bermakna bagi seseorang pelajar, ia akan menjadi sejarah dan akan dikenang-kenang sampai bila-bila.
Cemerlang atau dalam bahasa Inggerisnya 'excelent', excelent pula memberi erti kehebatan atau keunggulan, jadi tak syak lagi anugerah dikurniakan kepada mereka yang unggul atau hebat.
Kepada anak-anak yang menerima anugerah pada tahun-tahun yang lalu dan akan datang diucapkan syabas dan teruskan kecemerlangan anda. Kepada mereka yang belum lagi mendapat anugerah ini, jangan merasa jauh hati atau putus asa, kerana masih banyak masa lagi untuk mengondol beberapa anugerah.
Tahukah pelajar-pelajar, anugrah cemerlang dalam pelajaran hanya satu bahagian dari banyak cabang. Untuk menjadi seorang yang cemerlang kita seharusnya mempunyai ciri-ciri lain. Kita seharusnya mempunyai sifat-sifat terpuji yakni bijaksana, tekun, sabar, bertolak ansur, suka membantu, bijak menguruskan masa, bijak mengatur kerja dengan mengikut keutamaan, dan yang paling penting patuhi suruhan Allah SWT, ikuti ajaran Rasulullah SAW, patuh kepada kedua ibu bapa, hormat kepada guru, juga hormat kepada orang-orang lebih tua dan saling hormat menghormati sesama kawan taulan, jangan sekali-kali memiliki dan hendaklah dikikis segala sifat yang keji.
Kita banyak mendengar seseorang yang berjaya dalam pelajaran, ia juga cemerlang dalam sukan dan lain-lain bidang, ini menunjukkan mereka pandai mengatur masa. Masa belajar mestilah tumpukan kepada pelajaran, beri perhatian apa yang diajar guru di dalam kelas, jangan bergurau senda masa guru mengajar. Mereka yang memberi tumpuan seperti ini tak perlu lagi pergi ke kelas tusyen. Oleh itu bila dalam kelas belajar bersungguh-sungguh.
Cuba kita hayati bagaimana seseorang pelajar mengondol beberapa hadiah dan beroleh kejayaan yang amat membanggakan dalam satu-satu ujian atau peperiksaan, bila di ajukan pertanyaan apakah rahsia kejayaan mereka yang berjaya memprolehi 8,9,10 A dan sebagainya dalam pelajaran memberikan jawapan yang sama: memeberi tumpuan sepenunya kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru, mempunyai jadual ulangkaji pelajaran beberapa jam di rumah yang rutin dan konsisten, belajar secara berkumpulan bersama-sama kawan-kawan dan bertanya kepada guru sekiranya kurang/tidak faham. Mana-mana pelajar yang lalai dan tidak bersedia untuk menghadapi ujian/peperiksaan, mereka tidak akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Belajar atau mengulang kaji di saat akhir biasanya tidak akan menjadi pelajar contoh. Nasib?, mereka yang malas dan banyak alasan selalu berharap kepada nasib, sebenarnya mengharapkan kepada nasib tidak menjanjikan apa-apa.
Hayatilah baik-baik firman Allah ini (Mahfumnya): Dan Allah mengeluarkan dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur
- An-Nahl ayah 78.
Ini bermakna masa kita dilahirkan sama saja, tetapi yang membezakan adalah pendidikan dan asuhan. Pendidikan dunia dan akhirat di samping asuhan jasmani dan rohani yang sekata berupaya membentuk seseorang menjadi apa yang dicita-citakan.
Ilmu sangat mustahak dan perlu dipelajari oleh setiap insan kerana tanpa ilmu walau sehebat mana pun sesuatu bangsa itu tetap akan dipandang rendah kerana kejahilannya. Bangsa yang maju adalah bangsa yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan mempunyai pelbagai kepakaran akan mendapat ketinggian darjat di sisi Allah seperti yang dijanjikan dalam firmanNya:
Maksudnya: Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan bagitu juga orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan beberpa darjat.- surah Al Mujadilah ayat 11.
Justru itu ibu bapa adalah tonggak bagi sesebuah keluarga, masyarakat dan negara, peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam pembentukkan sesebuat keluarga yang cemerlang adalah sangat penting sekali, asuhan dan didikan keagamaan di samping didikan akedamik yang diberikan oleh ibu bapa merupakan benteng utama dalam menghalang anak-anak daripada tercebur ke lembah yang ditegah oleh syariat Islam seperti menghisap/penagih dadah, menjadi mat rempit dan lain-lain kegiatan yang amat dilarang dan sangat merugikan ibu bapa, masyarakat, bangsa, agama dan juga negara.
Harapan kita kepada anak-anak yang telah menerima kurniaan/anugerah dan yang akan menerima simpanlah tekad di hati untuk meneruskan kecemerlangan. Kita ingin melihat satu hari nanti akan lahir anak-anak yang akan menjadi pakar dalam bidang-bidang yang mereka idamkan seperti menjadi angkasawan, doktor, jurutera, pakar ekonomi sekaligus hafiz al-Quran. Ertinya cemerlang dalam akademik, cemerlang juga dalam agama atau dengan makna lain cemerlang di dunia dan cemerlang juga di akhirat - hasanah di dunia dan hasanah di akhirat- pendek kata untung di dunia tak rugi di akhirat, "dunia dijunjung dan akhirat dijenjeng" inilah cita-cita kerajaan sekarang. Insya-Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
KESIMPULANNYA: Untuk itu para pelajar perlulah bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan terutama ilmu-ilmu berkaitan semasa di dunia seiring dengan ilmu pengetahuan untuk menghadapi alam yang kekal di akhirat kelak. Remaja/pelajar perlu meletakkan tanggungjawab menuntut ilmu sebagai satu agenda yang pertama dan utama. Anda semua seharusnya membelakangkan perkara-perkara yang tidak menguntungkan . Anda perlulah menumpukan sepenuh masa kepada pembentukkan insan yang cemerlang. Masa persekolahan anda adalah zaman yang paling bernilai dan amat penting di mana peluang ini akan berlaku sekali sahaja dalam usia seorang makhluk bernama manusia. sekali lagi ditekankan"Berharap kepada nasib semata-mata tidak menjanjikan apa-apa. Bukankah usaha itu tangga kejayaan.

Tuesday, January 27, 2009

GAJALA SOSIAL - Sambungan

Akhirnya......
Pembangunan menjadi pesat
Kemajuan pun meningkat
Tercapailah hasrat dan matlamat

Tapi.....tunggu & lihat.......
Pabila bangunan naik beratus tingkat
Semua orang berdiri tercegat,sampai leher tergeliat
Di celah-celah itu,tengok pula tempat-tempat maksiat
Tumbuh bagaikan kulat
Kalau tak tahan iman boleh terangkat

Manusia ada jadi lalat ada jadi ulat
Sembahyang makin hari, makin liat
Orang yang baik bertukar jadi jahat
Orang miskin nak kaya cepat
Orang tua nak mati lambat
Apa lagi pakat lawan cari ubat
Tak cukup madu, telan air gamat
Tak cukup kayu telan tongkat

Hak jantan pakai seluar ketat
Pakai baju nampak pusat
Kasut tak Ikat
Rambut tak sikat

Yang permpuan lagi hebat
Pakai skirt cukup singkat
Pakai baju terlalu sendat
Sampai nampak yang tersirat
Ada yang bujur ada yang bulat
Siapa tengok pasti tercegat
Silap gaya jadi gawat

Bohsia bohjan lagi ligat
Dok jauh kirim surat
Bila jumpa tangan berjabat
Lepas itu pakat peluk erat-erat
Sampai nafas tersekat-sekat

Kata diucap janji diikat
Usah bimbang pencegah maksiat
Usah peduli agama dan adat
Usah takut Allah dan Malaikat
Yang penting, apa kita nak, kita buat

Akhirnya perut kempis dan jadi bulat
Lahirlah anak-anak tak cukup sifat
Dibuang merata tempat
Masa itu iblis terus melompat
Kerana manusia dah masuk Jerat
Habis manusia jadi tersesat

Aduhai kawan dan sahabat
Marilah kita pakat beringat
Dunia makin hari makin singkat
Bangun tidur tak dan nak mengeliat
Esok lusa mungkin kiamat

Sampai masa kita pasti akan berangkat
Menuju ke alam akhirat
Di sana kita akan ditanya soalan empat
Tentang umur, banyak mana buat ibadat ?
Tentang zaman muda, apa yang anda buat ?
Tentang harta, daripada mana anda dapat ?
Tentang ilmu adakah dimanfaat ?

Bagi menangani fenomena gejala sosial di kalangan masyarakat (tentunya dari masyarakat Melayu - Islam), kerajaan, pihak berwajib, pemimpin masyarakat, guru dan pensyarah, ibu bapa dan setiap individu perlu memainkan peranan untuk menangani permasalahan ini.
Nilai dan budaya Muslim dicemari oleh arus kecanggihan teknologi terutamanya melalui media elektronik, computer dan media cetak. Institusi keluarga dicemari oleh sikap ibu bapa itu sendiri yang meletakkan nilai material melebihi segala-galanya. Budi bahasa kita semakin lama semakin terhakis, hancur dan dek kerana nilai dalam budaya Barat lebih diagung-agungkan. Warga tua semakin diabaikan, rumah orang-orang tuan semakin sesak
Anak-anak kita bukan saja pandai bergaul bebas, berbohsia dan berbohjan, malah sudah pandai membuang anak seperti membuang banagkai anak kucing kurap, anak berumur 12 tahun sudah gairah memperkosa. Kehamilan remaja tidak berkahwin semakin menjadi-jadi. Kita kehilanagan jati diri, kerana tidak emempunyai akar yang kokoh. Kes-kes juvina semakin meningkat, kes-kes sumbang mahram juga terus meningkat.
Hiburan bersepah-sepah. Masalah-masalah penagihan dadah, pengambilan arak, perjudian, lari dari rumah (berapa ramaikah anak gadis kita yang lari mengikut jantan ke negara seberang?) berlepak dan masalah sosial lain sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita.
Semua masalah yang berkaitan dengan sek, seperti: rogol, zina, sumbang muhram, perkosaan, pencabulan dan sebagainya akan dapat dibendung atau sekurang-kurangnya dikurangkan sekiranya kita tahu punca berlakunya sedemikian daripada akar umbinya, kerapuhan dan keruntuhan institusi kekeluargaan banyak menyumbang kepada kejadian gejala sisial yang berlaku, 'hambatan' dan tumpuan kepada materialstik hingga mengabaikan perhatian, kawalan, pemantauan dan pendidikan terhadap anak-anak kerap menyumbang kepada meningkatnya gajala sosial di kalangan remaja. Keretakan hubungan suami isteri dan keranggangan ibu bapa dengan anak-anak juga turut menyumbang kepda peningkatan jumlah remaja yang terlibat dengan gejala-gejala negatif.
Perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang harus diteliti dan dipermantapkan semula. Agensi-agensi yang terlibat dengan aspek perlaksanaan, penguatkuasaan dan pemantaauan harus memainkan peranan yang proaktif dan berterusan. Tindakan penguatkuasaan yang bermusim atau mengikut kemunculan isu tidak dapat memberi kesan yang positif. Apa yang perlu ialah tindakan pencegahan dan penguatkuasaan yang berterusan dan jangkaan masalah dan gaja sosial yang akan muncul bersama plan strategik. Dari itu penambahan angota, latihan,kepakaran dan motivasi perlulah dititikberatkan, unsur undang-undang yang bukan sahaja besifat menghukum tetapi juga mendidik dan memberi pengajaran kepada yang lain haruslah dipraktikkan.
Peranannya bukan hanya terletak di bahu guru-guru bahkan haruslah dimainkan secara aktif oleh ibu bapa juga, justru Islam sebagai Addin yang sebenar, manhaj dan system hidup mestilah difahami.
Untuk melakukan usaha pencegahan dan pembenterasan gaja sosial, peranan yangn dimainkan oleh ketua dan kolompok masyarakat adalah di antara perkara utama. Semangat kerjasama dan tolong menolong antara sesama ahli komuniti patut di ujudkan dalam usaha menegakkan kebenaran dan ketaqwaan serta mecegah kemungkaran, rasa, sikap, tindakan dan semangat bertangungjawab bersama dipupuk untuk meujudkan suasana sifar maksiat.

KESIMPULANNYA: Kita perlu waspada dan bersedia menghadapi cabaran era globalisasi. Kita hari ini bukan sahaja bersaing di kalangan lebih 21 juta penduduk Malaysia, tetapi kita juga bersaing dengan 5.3 bilion penduk dunia. Tambahan pula hari ini didapati negara yang kuat sentiasa mengunakan kekuatan mereka untuk mempelekeh dan memperkecilkan negara-negara yangn lemah dan mundur. Sebab itulah kita umat Islam mahukan umat kita menjadi umat yang kuat, gagah an perkasa supaya kita tidak diperkecilkan oleh bangsa-bangsa asing di dunia ini, ini bertepatan sekali kehendak Rasulullah saw seperti sabdanya (mahfumnya): "Orang-orang mukmin yang kuat itu adalah lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah"

Saturday, January 24, 2009

PEMIMPIN - Satu pandangan

Menjadi pemimpin adalah antara yang sangat diminati oleh kebanyakan orang Melayu
Justru orang Melayu terkenal pula dengan sikap melihat orang lain jatuh . kadang-kadang orang yang dijatuhkan itu jauh lebih berwibawa dan unggul dari yang menjatuhkan.
Tidak keterlaluan dikatakan ada penyokong yang bertungkos lumus menaikkan seseorang itu menjadi pemimpin kerana mempunyai agenda tersendiri yang pastinya akan memberi keuntungan yang telah lama dicita-citakan atau diangan-angankan.
Soalnya apabila telah beroleh kuasa atau terpilih menjadi pemimpin bolehkah mereka melaksanakan tugas dan amanah yang dipikulkan di bahu mereka. Berupayakah seorang pemimpin yang 'naik' dengan cara yang kadang-kadang kurang bersih menjalankan tugasnya tanpa menimbulkan rasa kurang senang di pihak yang dikalahkan. Dapatkan pemimpin ini berkhidmat dengan selesa aman dan tiada tekanan atau ugutan. Selalunya dalam timpuh yang terdekat bibit-bibit perpecahan mulai dirasai, akhiirnya kerjasama yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, janji tinggal janji. Semua ini disebabkan yang kalah tidak sanggup menerima kekalaahan. Walaupun pada mulanya nampak antara yang bertanding menyatakan akan patuh pada keputusan dan berikrar akan bercantum semula. Adakah ikrar ini dapat dipatuhi dengan ikhlasnya.

setelah terpilih menjadi pemimpin bolehkah seseorang ketua itu menjalankan kerjanya dengan sempurna sejajar dengan janji-janjinya yang diluahkan semasa tempoh "pertarungan" yang dilaluinya. Bolehkah ianya memenuhkan cita-cita penyokong-penyokong yang bermati menaikkannya. Jika tidak mulalah penyokong meninggalkannya. Tuduh menuduh mula diluahkan, persahabatan dan persafahaman sedikit demi sedikit menjadi renggang dan tidak sehaluan, yang retak akhirnya akan menjadi belah.
Ada pula yang sering kita dengar ketua-ketua atau pemimpin ini tidak mempercayai anggota bawahnya perasaan cemburu mulai menghantui pemikirannya konon, ditakuti orang yang diberi tugas sebagai orang kanannya atau yang diketergorikan sebagai 'orang-orangnya' dikatakan sudah tidak jujur, dan tidak lagi boleh dipercayai.
Jika ini tidak dapat diperbetulkan sudah tentu usaha menjatuhkan pemimpin yang mereka naikkan ini akan berulang. Demikianlah silih berganti, yang menjadi korban ialah kelompok masyarakat yangn mereka wakili.
Jika ini terjadi bagaimanakah hendak meningkatkan mutu kerja serta perancangan masa depan yang lebih teatur samada dalam jangka pendek atau jangka panjang?
Elok kiranya seseorang yang ingin menawarkan dirinya untuk menjadi pemimpin, memikirkan keupayaan diri terlebih dahulu, apakah kita betul-betul ada keupayaan zahir batin dan ingin berkhidmat untuk masyarakat atau semata-mata inginkan kuasa, kerana segelintir orang Melayu amat terkenal dengan jolokkan 'gila kuasa' dan gila 'glamour' supaya diri dihormati dan disanjung. Tidaklah boleh dinafikan sesetengah yang bertanding semata--mata ingin mencuba-cuba nasib atau kata setengah mereka cuma hendak tahu setakat mana sokongan yang mereka perolehi atau kata nakal mereka cuma 'test market'.
Bila telah beroleh kuasa terdengar puloa rungutan dan cemuhan dari masyarakat yang sedang memerhatikan gelagat mereka. Dewasa itu keluarlah kata-kata sindirin"Tidak tahu menggunakan kuasa atau menyeleweng/penyalahgunaan kuasa".
Janji manis yang diluahkan hanya tinggal janji, masaa untuk bersama masyarakat sudah tiada luang lagi dengan alasan, 'terlalu sibuk' 'tidak punya masa' dan lain-lain helah yang longgar dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Dengan erti lain, antara kelemahan orang Melayu ialah gairah memperolehi kuasa tetapi tidak mahu bekerja.
Ciri-ciri pemimpin yang sempurna dan disenangi oleh semua lapisan haruslah ada padanya , sifat-sifat seorang yang jujur, amanah, pemaaf, berilmu (dunia dan akhirat), adil, tidak terlalu kikir dan tidak pula terlalu boros dan lain-lain sifat yang terpuji.
Untuk menjadi pemimpin, sewajarnya kita berbekalkan dengan cukup ilmu, andai kita tidak berilmu atau ilmu yang dengkal , bagaimana kita hendak mentadbir dengan berkesan malah tidak mustahil kita akan mudah dipelekeh orang yang pada awalnya memandang tinggi kepada kita. Seorang pemimpin mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dalam beberapa bidang terutama dalam bidang yang mereka secara langsung terlibat dengan organisasi yang ditadbirnya. Allah berfirman (dalam surah az-zumur ayat 9), mahfumnya: "Adakah sama orang-orang yaang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
Dalam melaksanakan dan mempertingkatkan mutu kerja dengan lebih berkesan hendaklah mempercayai kejujuran anggota bawaaahan serta menghormati pandangan mereka. Dan diri pemimpin sendiri mestilah bergerak sejajar atau sehaluan dengan orang bawahnya, jagan pula pemimpin ke kanan orang-orang yang dipimpin ke kiri.
Seseorang pemimpin itu perlu mengawal dirinya supaya sentiasa dalam kaadaan tenang, tidak emosional, jangan ada sifat yang memberi erti umpama memerintah. Gunakan perkataan yang lebih `lembut dan dipandang namapak beradab. sanggup meujudkan suasana kerjasama dan bersifat kekeluargaan di dalam sesebuah organisasi, selalu berdampingan, sanggup duduk semeja dengan orang di bawah tadbirnya bagi mengenal pasti masalah dalam organisaasi/masyarakat serta merangka dan mencadangkan cara terbaik bagi satu-satu masalah yang mungkin timbul.
Pemimpin yang sentias ada di hati para pengikutnya ialah yang dapat mendengar runggutan, suka memberi pertolongan kepada masyarakatnya dalam kaadaan apa sekalipun, peramah tegur sapanya, layanan samarata tanpa melihat kedudukan seseorang itu, menghadiri jemputan, menziarahi dan selalu berkirim salam kepada sesiapa sahaja yang mengenalinya.
Yang penting rasanya ialah amanah, jika kita telah diberi amanah atau kepercayaan, seperti memengang jawatan, tugas, pangkat dan sebagainya, kita wajiblah memegang amanah itu dengan sebaik mungkin. Kita sebenarnya tidak boleh menghianati amanah kerana salah satu sifat orang menafik ialah tidak amanah, seperti sabda Rasulullah saw yang maksudnya:"Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu apabila bercakap dia berbohong , apa bila dia berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah di mengkhianatinya".
Sebenarnya kita semua adalah pemimpin, abdar Rasulullah saw yang mahfomnya, "Kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yanag kamu pimpin, seorang pemerintah adalah seorang pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
Kesimpulannya: Sebagai manusia hidup kita di dunia ini mestilah ada yang menjalankan urusan sebagai pemimpin seterusnya bertanggungjawab pula sebagai pemimpin. Justru apa bila pemimpin telah dipilih menjadi kewajipan kita sebagai masyarakat mentaatai perintahnya. Dengan sebab itu kita hendaklah menghormati pemimpin sejajar sifatnya sebagi ketua. Taatkan pemimpin itu memang dituntut dalam Islam. Walau bagaiamanapun perlu diingat patuh dan setia ini ada garis-garis panduan yang perlu diteliti dan diambil perhatian, jika bersesuaian dengan ajaran Allah dan Rasulnya wajib dipatuhi, ditaati serta diberi sokongan, selagi seorang pemimpin itu tidak menyuruh melakukan sesuatu yang di larang oleh syarak, seperti melakukan maksiat, kerosakkan dan sesuatu yang berlawanan dengan agama, yang mana ketika itu kita sebagi penganut Islam tidak lagi disuruh mentaati pimpinannya, bukan sahaja kita akan berdosa kerana bersubahat melakukan maksiat, tetapi juga berdosa kerana bersyubahat melakukan maksiat. Andainya tindakan pemimpin berlawanan dan menyeleweng dari akidah Islam, pada ketika itu tidaklah lagi majib ditaati malah perlu dijauhi.
Dari itu hati-hati memilih pemimpin, jangan terlantik orang yang jahil menjadi pemimpin, nanti masyarakt akan menjadi kucar-kacir oleh kepimpinannya yang tidak mengikut lunas-lunas kepimpinan yang lurus dan benar.
Apa bila pilihan kita terlepas kepada orang yang pandai berpura-pura, bijak memeprmainkan lidah, lain di mulut lain di hati, "Telunjuk lurus kelengking berkait". Pemimpin yang sebagini sifatnya amat berbahaya kepada masyarakat dan seterusnya kepda negara. Perlu diingat dalam apa kaadaan sekalipun kepentingan negara mestilah diutamakan. Kasihkan negara itu sebahagian dari iman.
Ingatlah setiap pemimpin akan disoal di akhirat kelak. Bukankah kita selalu diperingatkan, "Takutlah kamu kepada Allah".

Sunday, January 18, 2009

WARISAN

Meniupkan semangat patriotisme kepada orang Melayu nampaknya tidaklah boleh diambil mudah oleh keajaan yang memerintah negara berbilang kaum ini. Orang-orang Melayu biasanya mudah khayal, mudah alpa dan sangat senang melupakan sesuatu peristewa pahit atau menyayat hati. Orang Melayu dengan mudah melupakan walaupun sesuatu peristewa itu mungkin merupakan satu titik hitam dalam hidupnya. Sifat pemaaf orang Melayu telah diakui oleh semua bangsa yang malangnya, apabila orang Melayu besabar ada pula orang lain yang cuba memijak kepalanya, mereka mengambil kesempatan atas kesabaran dan kelembutan orang Melayu. Dan bila orang Melayu telah 'tersepit' maruah telah tercabar, kesabaran pun biasanya akan lenyap. Sebenarnya oarng Melayu telah banyak kali dicabar, antaranya sewaktu pemerintahan Inggeris, pemerintahan Jepun dan zaman pemerintahan dua minggu 'Bintang Tiga', malah di zaman kesultanan Melayu Melaka pun orang Melayu pernah dicabar.

Pada masa-masa terdesak begini biasanya orang Melayu dapat melupakan darjat dan kedudukan mereka, mereka akan berpimpin tangan bagi menghancurkan petualang-petualang ini, mereka akan segera teringatkan pegangan kuat bangsanya, "bersatu teguh, becerai roboh" - "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Mreka akan sehidup semati, "Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji, pecah semua"
apabila segalanya telah tenang, orang Melayu dengan mudah membuangnya dari lipatan sanubari mereka, mereka tidak pernah merasa serik atau jeran. Akhir-akhir ini perpaduan orang Melayu kembali longgar,kedengaranlah mereka meberi komen, rata-rata mereka menunding jari kepada orang-orang Melayu dalam kerajaan serta pemimpin-pemimpin tempat mereka bergantung harap.
Rungutan-rungutan yang didengar: Orang Melayu telah lupa (meminjam kata-kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir) "Melayu Mudah Lupa". -mudah lupa diri. Mereka terlalu yakin dan khayal , mereka yakin kedudukan mereka tidak mungkin tegugat. Sesungguhnya tidaklah dapat dinafikan kerajaan memang membangunkan negara dengan pesatnya, kerajaan telah berjaya menebus maruah bangsa Melayu dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.

Itu semua tidak semestinya rakyat dipinggirkan, orang Melayu sangat memandang tinggi budi bahasa dan sopan santun, mereka tidak boleh dikaburi dengan kereta menjalar dan kemewahan yang ditonjolkan . Pemimpin-pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat tidak sepatutnya mengambil mudah perkara ini. Jangan lupa dengan kuasa rakyat.
Genarasi sekarang mungkin tidak percaya datuk nenek dan orang tua mereka dulu makan nasi sekali sehari, kain basahan kering di pinggang, pakaian cumpang-camping, mereka dihina, malah hendak 'mengangkat' muka kepada bangsa lain pun tak berani.

Kerja orang Melayu sebelum merdeka selain menjadi petani yang tak cukup makan, dan nelayan ialah 'peon' boroh kasar dan poter (peon & poter lihat kamus BM) sahaja, yang agak bernasib baik jadi guru sekolah Melayu dengan gaji yang terlalu kecil. Kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO telah merubah segala-galanya. Orang Melayu yang terkenal dengan ekonomi kais pagi makan paginya, kini telah hidup mewah. Kita sepatutnya mengucap syukur kepada Allah SWT yang telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang tidak mementingkan diri sendiri, malah mereka sanggup berkorban apa saja demi masa depan bangsanya, dari itu kita seharusnya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang telah berjuang tanpa merasa jemu, mereka sekarang telah dipanggil pulang oleh Allah SWT mendahului kita dan kita sekarang sedang mengecap hasil kemerdekaan yang mereka perjuangkan. Sepatutnya kita tidak saja berterima kasih malah menghadiahkan "AL-FATIHAH" kepada roh mereka. bukankah itu tanda terima kasih kita kepada pejuanag-pejuang tanah air tercinta ini.
Setelah kita berkerajaan sendiri, semangat orang Melayu kembali rasa bermaruah, mungkin bagitulah rasanya orang-orang Melayu di zaman kerajan Melayu Melaka dahulu.

Nasib orang Melayu terbela, mereka ada wakil rakyat tempat mengadu, segala kesulitan mereka didengar, wakil rakyat mereka pada ketika itu betul-betul berbakti untuk rakyatnya.
Nama wakil rakyat harum dan mereka amat dihormati.

Sekrang nampaknya segala-galanya berubah, wakil rakyat terlalu sibuk, kita tidak lagi nampak dan mendengar wakil rakyat wakil rakyat naik basikal atau "moris miner" (sekarangn mungkin "kancil") . masuk dari lorong ke lorong, kampung ke kampung menemui rakyatnya. Semasa saya bertugas di Negeri Johor dalam tahun 70an dulu saya teringat bagaimana seorang wakil rakyat "Dato' Jalok Daing Melibuk" wakil dari DUN Benut, Johor (UMNO) dan semasa saya bertugas di Selangor saya bertemu pula dengan wakil dari DUN Morib "Cikgu Jabar" (BEBAS) Cikgu Jabar menang dengan teket Bebas tiga penggal berturut-turut.

Allahyarham Dato'Jalok sangat terkenal di kawasannya dan dia amat dihormat, terdengar shaja ada kematian di kawasannya pasti beliau akan menziarahi dan jarang sekali menolak jemputan kenduri samada kecil atau besar. Kebanyakan masanya berada di dalam kawasannya, jadi istilah susah nak jumpa wakil rakyat tidak timbul samasekali di kawasanya. Allahyarham juga senang dihubungi walau di mana. Dalam "moris minernya" disimpan keperluan pejabatnya seperti: 'Rubber stamp" serta stampad". Beliau sangat disenangi oleh pegawi-pegawai kerajaan kerana hubungannya yang sanagt erat dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Bagitu juga dengan wakil rakyat Morib, Chegu Jabar amat mesra dengan orang-orang dikawasannya, keretanya sedia menghantar rakyat di pendalaman pada bila-bila masa. Adakah wakil rakyat sekarang berfikir kerana kemudahan segala-galanya telah tersedia maka mereka tidak perlu melawat atau berdampingan dengan rakyat di kawasannya? . anggapan ini adalah satu yang amat malang, bukankah tugas wakil rakyat berkhidmat untuk rakyatnya? Jika hal ini ada difikiran wakil rakyat kini, eloklah segera dikikis.
Mulai sekarang, wakil rakyat mesti mengubah 'gaya' mereka, rakyat hendaklah didampingi, jadilah pendengar yang baik. Pandangan rakyat hendaklah didengar
Kesimpulannya: Kemajuan adalah sesuatu perkara yang sangat-sangat dihajati oleh fitrah manusia, pribadi, keluarga, organisasi dan negara, semuanya berusaha supaya hari ini lebih maju dari kalmarin dan besok lebih maju dari hari ini, kemajuan yang dibina oleh pribadi untuk dirinya adalah agar dirinya dapat hidup dalam kaadaan senang dan bahagia serta dikasihi oleh Allah dan hamba-hambanya. Kemajuan di peringkat keluarga agar menjadi keluarga bahagia, bantu membantu, kasih mengasihi dan sayang menyayangi antara isi keluarga.
Dalam buku sjarah Melayu Tun Sri Lanang mengatakan:
Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Apakah gila bagimu puan
Burung terbang dipipiskan ladan........ itu kata Tun Sri Lanang (bendahara Sri maharaja (?) pada tahun 1612 dulu.
terdahulu lagi semasa di Majapahit Hang Jebat berpantun:
Hang Jebat Hang Kasturi
Budak-budak Raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata.

Friday, January 16, 2009

NESTAPA

"DUKACITA" yang lahir dari kekecewaan yang melampaui batas menjadikan seseorang itu bersifat menghina dan merendahkan diri sendiri, malah memungkinkan seseorang itu menjadi ganas dan langsung tidak bertatatertib dan hilang kesopanan diri seterusnya hilangnya pertimbangan.


Dukacita mungkin disebabkan:
- Hilangnya sesuatu yang disayangi
- Kerana gagal dalam perjuangan
- Sangkaan-sangkaan buruk mengenai nasib masa depan
- Kebuntuan dalam menyelesaikan masalah hidup
- Hilang kasih sayang
- Cemburu yang berlebihan terhadap orang lain.

Gagal dalam sesuatu perjuangan atau gagal bagi mendapatkan sesuatu yang sangat diidamkan adalah perkara biasa, mereka yang berjiwa lemah dan berpandangan sempit sahaja akan merasa terhimpit lalu timbullah dukacita yang melampaui batas.

Di samping itu, disisih atau dipulaukan oleh masyarakat juga menjadi sebab seseorang itu menjadikannya amat berdukacita serta merasa rendah diri kerana disangka dirinya tidak lagi diperlukan masyarakat di sekelilingnya.
Orang-orang yang terhormat juga tidak terlepas dari merasa terhimpit, bimbang, takut, cemas kerana memikirkan pangkat dan darjat yang mereka miliki hari ini akan terlucut esok hari.
Dukacita juga menjadikan seseorang itu semakin hilang kepercayaan kepada Allah, iman mereka lemah, diri telah dikuasai oleh syaitan, akhirnya seseorang itu tidak berupaya lagi bertindak dengan bijaksana, ini amat merbahaya, ianya akan mendatangkan mudrat, seterusnya membinasakan diri sendiri.

Janganlah bagi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri kita kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kita (Islam) yang nyata dan kerja syaitan tidak lain hendak menyesatkan kita.
Tidaklah dapat dinafikan perasaan dukacita, resah gelisah akan menguasai seseorang apabila sesuatu yang dikasihi tiba-tiba hilang. Kita akan merasa kecewa dan sedih kerana hilangnya orang yang disayangi, harta benda, terlucut jawatan, pangkat dan kedudukan yang terhormat.
Kita sepatutnya sedar dan insaf, apa saja kurniaan Allah kepada kita, seperti: kekayaan, pangkat yang tinggi, kedudukan yang mulia, pengikut-pengikut yang setia, sahabat-sahabat, anak yang ramai iaitu sebenarnya menguji kita sejauh mana tawakkalnya kita kepadaNya.


Jika kebetulan sesuatu kegagalan itu disebabkan sebenarnya bukan hak kita, maka hendaklah kita bersabar dan jangan mengeluh, jangan terus putus asa (putus harapan). Carilah yang lain, kerana rahmat Tuhan amat luas, malah melimpah ruah. Hanya iman yang teguh dan sejati sahajalah yanag akan dapat mengatasi segala kekusutan di hati.

Berdukacita adalah sifat semulajadi kita sebagai manusia, tetapi berdukacitalah secara yang tidak berlebihan dan keterlaluan. Jika sesaorang itu berdukacita dengan melampaui batas, seolah-olah membantah sesuatu takdir (ketentuan Allah) maka perbuatan itu sangat dilarang sekali oleh Islam.


Sabda Rasulullah SAW (mahfumnya): "Bukanlah dari golongan umatku orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyak baju serta bertempik-tempik dan melaung-laung seperti orang-orang di zaman jahiliah". - (hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas'ud)


Segala musibah itu jika kita sifatkan sebagai satu penyakit janganlah kita merasa runsing, Tuhan telah berjanji tiap-tiap penyakit ada ubat dan penawarnya. Tuhan tidak hanya menurunkan penyakit tetapi Dia (Tuhan) juga menurunkan ubatnya. Tiada penyakit yang tidak boleh diubati, melainkan mati.



Firman Allah, (mahfumnya) "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar" -(surah Al-Baqarah ayat 155)


Andainya kita ditimpa kesusahan, jalan yang paling baik patut kita ikuti ialah segeralah kita mengingati Allah seperti sabda Rasulullah saw (mahfumnya) "Mengingati Allah itu adalah penawar bagi hati".


Ubat yang paling mujarab dan berkesan hanya mendampingi diri kepada Allah SWT dan kepadaNyalah sahaja kita mengadukan hal dengan cara bersabar dan dengan keyakinan yang padu bahawa semuanya itu adalah sebagai ujian belaka, tiada yang lain dari itu, seperti pesanan "Luqman" kepada anaknya (maksudnya) - "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu" - (surah Luqman ayat 17)


Bersabar adalah sifat mukmin yang mulia dan beriman, kita sering mengucapkan, (tanpa disedari atau tidak) maksud firman Allah; "Sesungguhnya Allaha beserta (menolong) orang yang sabar" - (Al Baqarah ayat 153)


Dalam surah Yusof, Allah menceritakan bagaimana kesabaran Nabi Yaakob a.s. kerana kehilangan anak kesayangannya dengan menyerahkan seluruh nasibnya kepada Allah, Nabi Yaakub berdoa (mahfumnya)- "Kalau demikian bersabarlah aku dengan sebaik-baiknyadan kepada Allah jualah dipohonkan pertolonganNya" - (surah Yusof ayat 18)


Janganlah kita terus menerus berduka lara, percayalah kita bahawa Allah yang Maha Adil dan Bijaksana Maha Pemurah dan Maha Penyayang akan membalas yang jauh lebih baik atas kesabaran dan tawakal kita kepadaNya. Dalam surah Al Baqarah ayat 216 Allah menasihatkan, firmannya yang memberi maksud; "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu suka kepada sesuatu padahal ianya amat buruk bagi kamu dan (ingatlah) Allah jua yang mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya"


Dan ingatlah Nabi kita Muhammad saw pernah bersabda yang maksudnya; "Tiada seorang pun hamba yanag ditimpa kemalangan/musibah lalu ia berkata "Inna Lillahi wa-Inna Ilaihi Raa-juuun" - bererti sesunggguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali".
Dari itu insaflah, sedarlah dan percayalah janganlah kita gundah gulana duka nestapa lantaran sesuatu yang menimpa diri kita. Yakinlah, masanya pasti tiba kebenaran pasti terserlah, entah esok, entah lusa atau pada masa-masa yang akan datang tanpa kita sedari. Tuhan akan mengantikan dengan yang lebih baik, samada di dunia ini atau di akhirat nanti, sementara itu redalah apa saja yang menimpa kita.


Mereka yang merasa duka lara, gundah gulana, kusut fikiran, tidak merasa tenteram hatinya serta keluh-kesah hendaklah memperbanyakkan menyebut nama Allah. Dalam surah Ar-Rad ayat 28 Allah telah berfirman (mahfumnya)- "Orang-orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikul'llah, ketahuilah dengan dzikul'llah itu tenang tenteramlah hati mereka".
Dalam hal ini Rasulullah saw mengajar umatnya supaya mereka yang ada dalam fikirannya seperti yang tersebut di atas supaya berzikir , "Sesiapa yang membanyakkan istighfar nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada kesenangan, tiap-tiap kesempitan ada jalan keluar dan iaanya diberi rezeki yang datangnya tiada disangka-sangka". Maksud hadis s.a.w. riwayat oleh Ahmad.


Apakah yang kita lakukan jika maksud kita tidak kesampaian, angan-anagan kita tidak menjadi kenyataan. Hanya orang yang berjiwa dan beriman lemah sahaja yang serta merta berdukacita, bertindak liar dan tidak kurang pula yang memberontak. Menyalahkan orang lain, diri sendiri sahaja yang benar, yang pandai, yang layak, yang gagah, orang lain semuanya bodoh,lemah dan ketinggalan zaman.
Kegagalan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan bernama manusia: orang-orang politik, peniaga/pedagang malah tidak kurang pula dalam hidup berumah tangga juga ada yang gagal. Mestikah kita terus bermuram durja??



Apakah tindakan kita? Sesetengah mereka terus ingin melupakan diri, maka terlibatlah mereka dengan jalan yang salah, terkeluar dari norma-norma kehidupan seorang muslim yang normal, ada yang mencari jalan mudah dengan dadah, alkohol, mungkin ada pula yang mencari "ketenangan" di kelab-kelab malam dan berjinak-jinak dengan kupu-kupu malam, yang berfikiran suntuk, terus mengambil jalan mudah, singkat dan sesat (menamatkan hidup yang berharga ini). Barang dijauhkan Allah.


Manusia sebagai makhluk berakal, terutama sebagai individu Muslim yang menerima hidayah Allah, apabila sesuatu yang kita hajati dan impikan gagal janganlah kita mudah panik, melatah, mengadaikan sesuatu yang kita sayangi, jangan menghancurkan rumah tangga, jangan memusnahkan keluarga, jangan bercakaran sesama bangsa/seagama dan jangan jahanamkan negara.
Mereka yang mudah putus asa, hilang pegangan adalah orang yang tewas dengan pujuk rayu syaitan (musuh kita yang nyata).
Seandainya kekecewaan itu oleh kesilapan langkah kita sendiri, maka belajarlah untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan kita itu. Akhirnya jangan pula kita lupa memohon restu daripada Allah dengan jalan berdoa dan bertawakal kepadaNya.


Ingatlah amaran Allah yang maksudnya, "Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya akan Aku tambah nikmatku kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah pedih" - (Ayat 7 surah Ibrahim) - Benarlah firman Allah.

Monday, January 5, 2009

GAJALA SOSIAL

"GAJALA SOSIAL""ialah satu masalah yang ada di mana-mana, tetapi gajala sosial yang melanda di negara kita ini telah parah jika tidak ditangani segera ia akan menjadi barah yang tidak dapat diselamatkan lagi.
Gajala sosial yang melanda yang saya dakwa telah paaah, membimbangkan dan mengerunkan itu patut sangat diberikan perhatian yang serious. Langkah yang drastic bagi mengelak dan membasminya perlu digerakkan. Walaupun sepatutnya telah dimulai 20 atau 30 tahun dulu lagi.
Saya amat yakin belia-belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di negara ini akan menjadi berlipat kali ganda dalam sedekat dari sekarang, anadainya langkah mencegah tiak dilakukan. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati. (Prevention better than cure), jangan sampai sudah terantuk baru nak tengadah, kita akan bertupang dagu jika nasi telah menjadi bubur. Dari pagi hingga ke larut malam kita akan dapati anak muda memecut motosikal,dengan bermacam-macam adigan yang amat tidak bermoral, di waktu malam, terutama malam minggu mereka berlumba haram. Sebagai Pengerusi masjid dan penasihat "Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau" Parlimen Setiawangsa mereka (pengerusi-pengerusi surau dan pengerusi penduduk)selalu mencurahkan masalah pemuda pemudi di kawasan mereka kepada saya. Mengikut kata mereka: Anak-anak muda ini lelaki dan perempuan duduk di tangga rumah pangsa ini tanpa sedikit pun merasa segan dan silu, mereka bukannya saja tidak berakhlak, malah berlagak samseng. Penghuni yang ingin turun naik pula yang terpaksa 'menepi' dan meminta jalan kepada mereka.
Besi-besi penutup longkang telah habis diangkut oleh belia-belia yang tidak berguna ini (maaf saya terpaksa menggunakan perkatan 'tak berguna' ) atau yang telah rosak ini di jual di bengkel-bengkel besi buruk bagi membeli dadah.
Bukan besi penutup longkang sahaja yang menjadi mangsa, malah kereta-kereta dipecah, motosikal dicuri stor-stor dipecah, orang muda yang malang ini tiada langsung mempunyai visi, apa yang mereka inginkan ialah dadah,dadah, dadah, dalam otak mereka hanya memikirkan benda syaitan itu sahaja.
Ternyata sekali bilangan penagih dadah ini bukannya berkurangan, ini bukan andaian saya, mengikut laporan yang kita baca di dada-dada akhbar, penagih ini akan bertambah adalah benar, ini terpaksa kita akui kerana pencegahnya tidak dilakukan, walaupun kita semua tahu bercakap "mencegah itu lebih baijk dari mengubati" .Cakap sahaja tidak memberi apa-apa kesan, dan tidak akan mengubah kaadaan.
Dari pengalaman, saya dapati punca terjadinya anaka-anak yang bermasalah ini ialah kerana tiada kawalan yang sewajarnya, sesetengah anak-anak masyarakat kita, pada perhatian saya amat bebas, bebas melakukan apa sahaja kerana tiadanya perhatian yang sungguh-sungguh dari ibu bapa atau penjaga mereka - anak-anak dan belia-belia yang sedang meningkat dewasa ini tak syak lagi akan mendatangkan masalah kepada negara.
Dari cuba-cuba mebghisap rokok, kemudian menghidu gam, menghisap ganja, menghisap dadah dan akhirnya, mula mencuri dan berpoya-poya bergaul bebas lelaki perempun, budi bahasa menjadi hancur.
Pemimpin-pemimpin kita mengatakan dadah adalah "Musuh no. satu negara". sebagai musuh ia mesti atau diperangi, maka dicipta pula slogan "Perangi dadah" sebut atau suruh sahaja perangi dadah sedikit pun tidak mengerunkan musuh, untuk berperang mesti ada strategi, apa strategi yang ada pada kita ??. Tangkap dan sumbat ke Pusat Serenti, itu tidak menyelesaikan masalah. Kita takkan berupaya menundukkan musuh utama ini jika tiada senjata yangn ampuh dan benar-benar berkesan, kata orang sekarang senjata canggih. Oleh kerana ternyata kita kecundang dalam peperangan ini maka disaran pula "Cegah sebelum parah". ertinya, di peringkat awal kemunculannya kita buat tak endah, biarkan ia bercambah semahunya, bila masalah ini sampai kepada Parah baharulah kita terasa bahangnya, barulah kita terjaga dari kelalaian dan barulah cuba hendak mencegah. Kita mungkin telah terlambat, mereka yang seronok dari mencuba-cuba, mula berjinak -jinak dengan dadah tak akan dapat kita tahan dengan hanya "nasihat" , jalan yang difikirkan baik tidak lain dan tidak bukan cegah sebelum parah, tetapi cegah sebelum dijangkiti, cegah sebelum menjadi kudis, kemunculuannya mesti dibendung dari peringkat awal..
Dadah satu senjata yanag berkesan. Dengan dadah pihak musuh berupaya menjahanamkan kita. Tahukah kita Amerika yang bagitu kuat tetapi kecundang di Vietnam yang berperang selama 32 tahun, kalah kerana askar-askar Amerika diumpan dengan dadah (juag dengan perempuan). Dalam satu artikal yang saya baca, satu hari Amerika membelanjakan untuk 500,000 askarnya di Vietnam sama dengankita membelanajakan askar kita setahun di negara kita.
"Dadah" mungkin ini satu agenda bagi melemahkan kita. Kita patut ada perasaan cemburu, kerana musush halus gerakkannya dan amat licik pula..
Cuba bayangkan betapa berpengaruhnya "musuh No wahid negara ini.
Apakah sebab sebenarnya wabak dadah ini sangat subur dan sangat mudah merebak? banyak factor sebenarnya, antaranya pada hemat saya:
- Ibu bapa terlalu sibuik,keluar bekerja sewaktu matahari belum terbit dan pulangnya waktu malam, anak-anak ditinggalkan, bagi menunjukkan kasih sayang mereka memberikan wang belanja kepada anak-anak ini biasanya lebih dari.
........gajala Sosial (sambungan).... Rm 10.00 sehari, ramai pula yang memberi anak mereka h/phon, anak-anak berumur 10 -12 tahun telah ada telefon sendiri, dengan adanya bekalan yang cukup serta telefon, mulalah anak-anak ini menjadi liar dan meeka mula membeli rokok, menghidu gam dan membuang masa di siber cafe, bemain game, berjudi dan melayari entenik yang tak senonoh. Bagi menyedapkan hati, ibu bapa ini kan menelefon anak-anak mereka dari tempat kerja. Sudah tentulah anak-anak ini akan berbohong, konon mereka ada di rumah, walaupun sebenarnya mereka berada di sarang-sarang kumpulan mereka .
Ada pula anka-anak menjadi liar oleh kerana hasil perceraian ibu bapa, ada pula yang tinggal dengan nenak mereka kerana ibu bapa meeka membawa haluan sendiri-sendiri. Terlalu banyak sebab yang menjadikan anak-anak Melayu (terutamanya) menjadi rosak binasa akhlaknya, tercicir pelajarannya dan lain-lain gejala yangn menjahanamkan masa depan mereka, ini adalah hasil dari salah asuhan yang mereka terima.
Kita semua sedar, masalah dadah adalah masalah besar kepada negara, ia melibatkan maruah bangsa dan negaradi mata dunia luar, Ia juga menentukan masa depan negara yang tercinta ini. Cuba bayanagkan bagaimana bentuk negara akan datang andainya kebanyakan belia yang kita harapkan mengambil alih kepimpinan negara satu hari nanti, andainya mereka ini dilamun dengan dadah, sudah tentu ia membawa akibat yang amat buruk.
Apa pula akan terjaadi jika makin ramai belia-belia kita dijangkiti penyakit AIDS, oh, amat menggerunkan.
Sebenarnya kita amat mengidamkan agar negara yang kita cintai ini terus dilimpahi dengan berbagai-bagai kenekmatan seperti yang kita sedang nekamti sekarang ini. Bagi memastikan lahirnya genarasi warisan kita yang mampu memikul wawasan negara yangn sama-sama kita cintakan ini maka remaja kita hari ini harus terus cemerlang dalam semua bidang. Jika tidak kita akan kecundang di tangan bangsa lain. Zaman remaja adalah amat bernilai dan amat penting. Zaman remaja belaku hanya sekali atau seketika sahaja dalam umur seseorang manusia.
Zaman remaja adalah zaman peralihan, jiwa muda mudah bergolak dan bergelora. Anak remaja dalam usia peralihan ini amat mudah terpengaruh dengan budaya liar. Jika kita masih ingat saatu masa dulu belia-belia kita san gat mudah terpengaruh dan terlibat dengan kumpulan "Black Metal" kumpulan pemuja syaitan.
Nyatalah belia yang liar ini sangat suka melibatkan diri dengan gejal aburuk dan sangat gemar meniru cara hidup yang tidak bermoral, tidak selaras dengan nilai-nilai agama dan tidak besesesuaian dengan sopon dan santun bangsa kita sendiri yang lembut dan berbudaya.
Amat malang sekali nasib yang bakal menimpa anak bangsa kita. Mereka akan hanyut, tersungkur, rebah, menyerah sebelum berjuang. apabila pemuda pemudi Islam ini sudah lemah musuh-mush Islam akan bertepuk tangan.
Ibu bapa mesti ingat anak-anak yang mereka lahirkan itu umpama sehelai kain putih, ibu bapanyalah yang akan mencorakkan samada hendak dijadikan Nasarani, Yahudi atau Majusi. Jawapannya ada di tangan ibu bapa sendiri.
Cemburuilah anak-anak kiota ini, awasilah mereka, di mana saja mereka berada, ke mana saja mereka pergi hendaklah sentiasa di awasi. Lihatlah dn kenalilah kawan-kawan mreka, kenali dan beramah mesralah dengan guru-guru mereka, berikan kasih sayang setakat yanag diperlukan, tegasnya janganlah tunjuk sayang yang melampausemua ini dilakukan adal dengan tujuan supaya mereka yang masih hijau dan bersih ini tidak di rosakkan dan dicemari oleh pengaruh dadah, nasihat orang ttua-tua henaaklah diguna pakai "beringat sebelum kena, jimat sebelum habis". jangan percayakan cakap anak-anak 100%, jangan ajar anak bercakap bohong, kerana kata orang bijak pandai "Siakap sinohong, gelama ikan duiri, bercakap bohong, lama-lama jadi pencuri". Mempercayai cakap mereka bukan bermakna kita sayang, kita sebenarnya merosakkan mereka, menggalakkan mereka menjadi pembohong. dalam hal ini saya teringat sebuat kesah filem P.Ramle. Legenda filem Melayu ini memaparkan bagaiman seorang ayah yang memanajakan anaknya secara berlebihan dan membuta tuli, seperti dalam filem "Anakku Sazali". Sikit-sikit anakku Sazali, anak-ku Sazali, anakku Sazali, akhinya apa yang terjadi.... bukan sahaja ia melawan cakap orang tuanya, malah menjadi pencuri, samseng dan perogol, filem itu mengusik jiwa saya, saya percaya semua kita di sini pernah menonton filem ini. Itu cerita tahun 1960 yakni 50 tahaun dulu, kesah bagaimana memberi sayang yang berlebihan akan merosakkan anak itgu sendiri, "Lenturlah buluh dari peringkat rebungnya", jika sudah menjadi aur bila kita lentur perlahan tidak mahu ia bengkok, tetapi bila dilentur dengan kuat dan cara paksa , hubaya-hubaya buluh itu akan melantun ke muka kita. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian apa gunanya atau umpama "Nasi dah menjadi bubur". Alangkah sedihnya apabila kita mati, kita meninggalkan anak yang menjadi sampah masyarakat, sepatutnya apabila kita mati kta mengharapkan doa dari mereka, doa dari anak yang soleh. Dari itu awasilah anak kita yang sedang meningkat dewasa ini dari perangkap dadah - sekali ia telah terjebak ia akan merosakkan masa depan mereka yang masih panjang. Ingati sebelum kena, Jimat sebelum habis.
Kita umat Islam mahukan umat yang kuat, ini adalah kehendak atu ajaran Islam itu sendiri, kita tak mahu Islam di hina , dipelekeh, diperkecilkan oelh bangsa asing di dunia ini. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya "Orang mukmin yang kuat itu lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah"
(SEPERTI YANG DIUCAPKAN DALAM SEMINAR MAJLIS PERMUAFAKATAN MASJID DAN SURAU PARLIMEN SETIAWANGSA -DI HOTEL THE PALMA)

GURINDAM HIDUP

Wahai kawan dan sahabat
Marilah pakat dengar nasihat
Jadikan ia sebagai hasrat
Buat pedoman sepanjang hayat

Persiapkan diri dengan............
Badab yang sihat
Ilmu yang padat
Iman yang mampat
Amalan yang hebat
Akhlak yang memikat

Pabila semua itu sudah terpahat
Insya-Allah......
Hidupmu berkat
Dirimu selamat
Keluarga sepakat
Masyarakat muafakat
Kesannya.................
Negara jadi kuat
Negara luar hormat
Hubungan menjadi erat
Permusuhan tersekat

Akhirnya ............








Saturday, January 3, 2009

Hijrah - Perpaduan

Perpaduan, senang bunyinya ungkapan itu, yang nyata umat Islam yang bijak dan petah berkata "Perpaduan!!", tetapi melaksanakannya ??.Lihat saja umat Islam di Timur Tengah orang Islam di sana dibuli oleh Israel kerana Israel faham benar masyarakat Islam di sana tidak ada langsung "perpaduannya", masyarakat yang kucar-kacir mana boleh mengatasi satu puak yang bersatu-padu. "Penyakit" berpuak-puak ini sekarang sedang menular ke negara kita yang tercinta ini. Mereka membaca (maksudnya) "Berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah janganlah berpecah belah dan bercerai berai - Ali Imran ayat 105. kita setakat membaca sahaja,tiada penghayatan. (mungkin ada tapi tak sampai kepada apa yang diharapkan).
Kerana perpaduan orang Islam di negara ini longgar, sebab itulah bangsa-bangsa lain mula "cacing naik ke mata". Dengan menggantung kepada babi di pintu rumah orang Islam, ini satu perbuatan yang sama-sekali tidak boleh dimaafkan. Perbuatn ini terlalu kurang ajar. Kenapakah mereka sangat berani dan bertindak bagitu jauh??. ini amat menyakitkan hati seluruh orang Melayu (Islam), apa orang piolitik buat?, apakah pemimpin masyarakt buat??. Mereka membisu seribu bahasa.

"Hijrah" pula mengikut pendapat ulama megandungi dua pengertian: iaitu, berpindah (hijrah) dari satu tempat yang lebih selamat dan kedua perubahan sikap bagi mencapai kejayaan dan kemajuan.
Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah seterlah berada dalam kekejaman orang-orang Kurish di Kota Makkah selama 13 tahun.
Kita sekarang ini sewajarnya menghayati roh hijrah ini agar ia dapat terlaksaana dalam masyarakat kita pada hari ini, kita menyedari bahawa masyarakat sekarang berbeza daripada masyarakat dahulu dari segi keperluan, tuntutan, cabaran, keinginan dan lebih-lebih lagi permasaalahan dalam kehidupan dunia yang serba morden pada hari ini. Kita sekarang ini berada dalam dunia yang sangat mencabar, kerana pengaruh kebendaan telah mengatasi segala-galanya, manakala penghayatan nilai-nilai yang mulia mungkin tercicir dalam kehidupan kita seharian. Namun bagitu kita mengharapkan kepada umat Islam pada hari ini dapat kiranya menghidupkan kembali roh hijrah 1430 yang baru ini untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian terutama yang berhubung dengan persaudaraan sesama Islam, membetulkan perjuangan, mengadakan pengorbanan untuk kemuliaan Islam dapat kembali merapatkan hubungan baik sesama Islam supaya tidak menjejaskan kehidupan harian dan masa depan umat Islam itu sendiri.
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): Tidak ada lagi hijrah setelah pembukaan kota Makkah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Oleh itu hendaklah kita berlumba-lumba untuk berjihad ke jalan Allah SWT.